Hilang tanpa disedari, budak 7 tahun dikhuatiri terjatuh di Sungai Batang Kali


  • 112
  • Khamis, 06 Jul 2023

Pihak bomba melakukan teknik water surface searching di laluan sungai anggaran sekilometer dari kawasan kejadian mangsa dikhuatiri jatuh. — Bomba

PIHAK bomba memulakan operasi mencari seorang kanak-kanak lelaki dipercayai terjatuh dalam Sungai Batang Kali, berhampiran Desa Alam Ria, Batang Kali, Selangor pada Rabu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, mangsa, Ahmad Ammar Akhtar Tajul Azwa, 7, dipercayai terjatuh dalam sungai berkenaan kira-kira pukul 7.15 malam pada Rabu.

Menurutnya, pihak bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu melakukan teknik water surface searching di laluan sungai anggaran sekilometer dari kawasan kejadian mangsa dikhuatiri jatuh.

"Kerja-kerja mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan sehingga sehingga ditangguhkan pada pukul 11.30 malam, dan akan disambung pada pagi Khamis," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Sementara itu, Ketua Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor, Zulfikar Jaffar memaklumkan pihaknya meneruskan pencarian mangsa pada hari kedua di kawasan susur sungai terbabit.

Katanya, pemantauan di kawasan yang dikenal pasti mempunyai pusaran air melalui darat.

"Tambahan tindakan SAR pada Khamis adalah pasukan penyelamat di air (PPDA) dan unit pengesan K9," katanya pada Khamis. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram