Kerajaan pertimbang cadangan pengeluaran secara bulanan KWSP sebaik pencarum berusia 55 tahun


  • Primer
  • Khamis, 06 Jul 2023

Anwar ketika berucap dalam Persidangan Kesejahteraan Sosial Antarabangsa 2023 pada Khamis. — Bernama

KERAJAAN akan mempertimbangkan cadangan daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berhubung keperluan pelaksanaan pengeluaran berkala atau bulanan terhadap pencarum yang mencapai umur persaraan sukarela 55 tahun.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan sedang dalam peringkat akhir untuk memperhalusi dasar berkenaan.

“Saya tiada bantahan. Ia bergantung kepada kapasiti KWSP.

"Jika kita dengar kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan sebelum ini, terdapat beberapa kekangan terutama dalam kalangan mereka yang mempunyai simpanan tidak mencukupi,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Persidangan Kesejahteraan Sosial Antarabangsa 2023 pada Khamis.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa dan Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan.

KUALA LUMPUR, July 6 -- Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim (second, right) during a gimmick launch Employees Provident Fund (EPF) I-Akaun Apps at International Social Wellveing Conference (ISWC) 2023 today.Also present Health Minister Dr Zaliha Mustafa (second, left) and Chief Executive Officer of Employees Provident Fund (RPF) Datuk Seri Amir Hamzah Azizan  (right).--fotoBERNAMA (2023) COPYRIGHTS RESERVED

Dari kiri: Ahmad Maslan, Dr Zaliha, Anwar dan Amir Hamzah ketika Persidangan Kesejahteraan Sosial Antarabangsa 2023 pada Khamis. — Bernama

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata demikian ketika menyentuh mengenai cadangan Amir Hamzah untuk menggalakkan ahli KWSP berumur 55 tahun agar mengeluarkan simpanan secara berkala dan bukannya sekali gus bagi membantu mereka terus menabung dan mempunyai simpanan mencukupi apabila bersara.

Amir Hamzah menambah, pengeluaran berkala akan memberi peluang kepada ahli untuk menguruskan dana persaraan mereka dengan lebih baik.

Hujahnya, pengeluaran berkala atau bulanan itu membolehkan ahli terus menikmati dividen tahunan dengan baki simpanan mereka.

Pada masa ini, langkah pengeluaran bulanan KWSP dilaksanakan secara sukarela, namun ia berkemungkinan bakal diwajibkan untuk ahli baharu. The Star/Rahimy Rahim

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram