[VIDEO] Tidak ada lagi pengeluaran KWSP — PM Anwar


  • Primer
  • Isnin, 08 Mei 2023

Anwar berkata, kerajaan tegas dengan pendirian itu, walaupun beliau yakin permintaan pengeluaran awal KWSP akan digunakan sesetengah pihak untuk meraih sokongan politik.

KERAJAAN tidak akan mengubah pendiriannya untuk tidak membenarkan lagi pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) walaupun enam pilihan raya negeri semakin hampir, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri juga berkata, kerajaan tegas dalam pendirian itu, walaupun beliau yakin permintaan pengeluaran awal KWSP akan digunakan sesetengah pihak untuk meraih sokongan politik dalam pilihan raya negeri akan datang.

“Pengeluaran KWSP akan menjadi isu politik, termasuk dalam enam pilihan raya negeri akan datang, tetapi ini tidak menakutkan kita.

"Kita membuat keputusan yang betul dan kita tidak boleh dipaksa untuk memenuhi kehendak sesetengah orang," kata Anwar semasa pelancaran ibu pejabat baharu KWSP di Kwasa Damansarapada, Kuala Lumpur pada Isnin.

SHAH ALAM, 8 Mei -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap sempena Majlis Perasmian Menara Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)  Kwasa Damansara di sini hari ini. 

--fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA

Anwar semasa berucap sempena Majlis Perasmian Menara KWSP Kwasa Damansara di Kuala Lumpur pada Isnin. — Bernama

Anwar berkata, pengeluaran KWSP sebelum ini dibenarkan semasa pandemik Covid-19.

“Tetapi ia berbeza sekarang dan rakyat Malaysia sudah dibenarkan untuk bekerja.

"Sesetengah individu memang berhadapan dengan beberapa isu untuk ditangani dan pengeluaran KWSP bukanlah satu-satunya jalan keluar," ujar beliau.

Sementara itu, Anwar turut menggesa KWSP meningkatkan pelaburan langsung domestiknya kepada 70 peratus tahun ini.

Anwar berkata, sasaran itu perlu untuk memberi manfaat kepada pencarum KWSP.

“KWSP mempunyai pelaburan tinggi sehingga 64 peratus dalam negara. Saya menggesa Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Datuk Seri Amir Hamzah Azizan untuk menaikkannya sehingga 70 peratus.

“Ini untuk negara dan rakyat,” katanya. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram