'Minta maaf, saya dah berpunya,' Tengku Zafrul seloroh tak mahu dijodohkan dengan Inspektor Sheila


  • Tular
  • Khamis, 06 Jul 2023

Sheila dilihat nekad mencari pasangan secara terbuka selepas mendapat banyak pertanyaan daripada orang ramai selepas mendedahkan bahawa dirinya masih bujang.

NAMA pegawai polis popular, 'Inspektor Sheila' atau nama sebenarnya Sheila Sharon Steven Kumar, 35, sedang hangat diperkatakan susulan video tular memperlihatkan dia menghina dan mengaibkan pegawai bawahan serta orang awam.

Apatah lagi, dia kini sedang sibuk mencari jodoh menerusi 'iklan cari jodoh' yang dimuat naik di Facebooknya baru-baru ini.

Sheila dilihat nekad mencari pasangan secara terbuka selepas mendapat banyak pertanyaan daripada orang ramai apabila membuat pendedahan bahawa dirinya masih bujang.

Menerusi hantaran itu juga, dia berkata, mana-mana lelaki yang berhasrat untuk keluar janji temu dengannya perlu menepati ciri-ciri yang ditetapkan.

“Ada sesiapa yang ingin berkahwin dengan saya? Jangan lupa tinggalkan pesanan anda di ruangan komen.

“Kita akan keluar berjanji temu terlebih dahulu untuk mengenali satu sama lain. Selepas itu, kita boleh berjumpa ayah saya untuk memohon restu” katanya.

Tengku Zafrul sempat berseloroh dengan meninggalkan komen menjawab ciapan yang memetik namanya.

Hantaran itu nyata mendapat reaksi pelbagai pihak, yang mana kebanyakannya mengucapkan selamat maju jaya dan semoga wanita itu mendapat jodoh yang diinginkannya.

Menerusi satu temu bual di portal berita tempatan pula, Sheila berkata, antara kriteria yang ditetapkan untuk mencari pasangannya adalah lelaki berkenaan mestilah bujang, tidak mengongkong, aktif bersukan dan paling utama menghormati wanita.

"Lelaki itu kena 'fit' (cergas), tak nak orang gemuk kerana apabila sudah berkahwin nanti, saya akan tengok muka dia 24 jam," ujarnya.

Dalam pada itu, seorang pengguna Twitter, Roman Akramovich menerusi ciapannya pada Rabu meminta orang ramai yang mempunyai minat terhadap aktiviti luar agar cuba mendekati Sheila.

"Tolong tag kawan anda yang kaki jogging, kaki kayuh basikal, kaki marathon dan juga kaki gimnasium," katanya.

Tangkap layar ciapan Tengku Zafrul pada Khamis.

Pelbagai komen yang ditinggalkan oleh pengguna media sosial, namun antara yang menarik perhatian ialah komen yang dibuat oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

"Minta maaf, saya dah berpunya," ciapnya.

Meskipun ringkas, respons yang diberikannya berjaya mencuit hati warga maya.

"Sheilakan bershedih shemuanya (Silakan bersedih semuanya)," kata Joker.

"Kelakar juga Tengku Zafrul ni, ditolaknya Sheila macam tu saja," tulis Sham67. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram