Penduduk Manjung, Kampung Gajah seram, misteri ketukan di pintu berulang


  • Massa
  • Isnin, 18 Jul 2022

Salah seorang penduduk mendakwa ibunya diganggu dengan ketukan misteri pada pintu rumah pada Isnin malam lalu.

MISTERI bunyi ketukan pintu yang pernah menggemparkan penduduk Kampung Gajah, Perak kira-kira tiga tahun lalu dipercayai berulang selepas salah seorang penduduk mendakwa diganggu kejadian sama.

Sebelum ini, penduduk pernah diganggu dengan ketukan misteri pada pintu rumah mereka, malahan insiden sama turut melibatkan penduduk di beberapa negeri termasuk Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka.

Melalui satu perkongsian Facebook, Nurul Edaya mendakwa, gangguan ketukan misteri itu dialami ibunya pada Isnin malam lalu.

"Ketuk-ketuk pintu itu ada balik ke korang?

"Mak saya kena pula malam tadi. Saya pernah kena dua ke tiga tahun lepas. Malam tadi mak pula kena. Jelas dan kuat dengar," katanya.

Perkongsian itu telah mendapat pelbagai reaksi dan ada yang mendakwa mengalami kejadian yang sama.

WhatsApp Image 2022-07-18 at 17.15.21

Tangkap layar pengguna Facebook yang mendakwa ketukan pintu misteri kembali menghantui penduduk — Facebook

"Tak tahu nak percaya atau tak, malam tadi rumah saya ada orang ketuk pintu tapi saya dalam bilik air. Tiga kali berbunyi, minta dijauhkan benda-benda yang tak elok," kata Norlyazimah Nazri.

"Rumah mak saya pun dah kena minggu lepas. Waktu itu hanya ada anak buah dengan adik saja di rumah pada waktu malam," kata Nurul Hafizah Fyza.

Seorang lagi netizen turut berkongsi pengalaman pada status yang sama.

Menurut Siti Hajar, bunyi ketukan pintu itu turut terjadi di Manjung.

"Serius ke Dayah? Baru dua hari lepas orang Manjung cerita kat Facebook. Hari ni tengok kau dah komen kat sini pula," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram