[VIDEO] Baru 'landing' di JB, polis cekup lelaki dalam pesawat rupanya terlibat kes ceti haram


  • 112
  • Jumaat, 23 Jun 2023

Tangkap layar video memaparkan seorang pegawai polis memasuki sebuah pesawat yang mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai untuk menangkap suspek.

SEORANG lelaki yang baru mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor Bahru, Johor berputih mata apabila dicekup polis dalam pesawat terbabit pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat turut mengesahkan video tular memaparkan situasi penangkapan suspek berusia 28 tahun dalam pesawat yang baru mendarat dari utara tanah air itu.

Katanya, penangkapan suspek yang berkait dengan kesalahan jenayah ceti haram itu dibuat mengikut undang-undang dan hasil risikan pihaknya dalam pesawat tersebut.

"Suspek turut ditahan bersama empat rakan lain berusia dalam lingkungan umur antara 21 hingga 30 tahun sebelum itu dibuat mengikut Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951 dan Seksyen 4(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Dalam pada itu, Raub berkata, kesemua suspek direman selama empat hari bermula Khamis bagi membantu siasatan. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram