[VIDEO] Angkara jalan licin, 4 kenderaan termasuk lori terlibat nahas di Kluang


  • Tular
  • Sabtu, 24 Jun 2023

Sebuah kereta dan lori dipercayai berlanggar semasa sendiri sebelum terbabas ke tepi jalan di alan Padang Tembak, Kluang, Johor pada petang Sabtu.

JALAN basah licin disebabkan hujan dipercayai menjadi salah satu punca satu kemalangan melibatkan empat buah kenderaan termasuk sebuah lori di Jalan Padang Tembak, Kluang, Johor pada Sabtu.

Kejadian tersebut yang tular di akaun Facebook Aku Budak Kluang dipercayai berlaku kira-kira pukul 2 petang memaparkan sebuah kereta dan lori terbabas di tepi jalan. Dua lagi kenderaan lain turut terlibat dalam nahas itu.

Video berdurasi 24 saat itu turut memaparkan dua orang mangsa dipercayai terlibat dalam kemalangan terbabit bagaimanapun berada dalam keadaan baik.

Keadaan di sekitar lokasi kejadian bagaimanapun dilihat terkawal walaupun jalan raya kelihatan basah disebabkan hujan.

Bagaimanapun, punca sebenar berlakunya kemalangan terbabit masih belum dapat dipastikan.

Menjengah ke ruangan komen, salah seorang pengguna Facebook Farahin Fariq memaklumkan ibu dan bapa saudaranya yang dipercayai terlibat dalam kemalangan berkenaan terselamat daripada insiden terbabit.

Setakat ini, masih belum ada sebarang laporan berkenaan pihak polis berkenaan insiden tersebut. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram