[VIDEO] Disangka PMX joget lagu dangdut, rupanya disambut sorakan ala 'chant' Harimau Malaya


  • Tular
  • Selasa, 20 Jun 2023

Tangkap layar video memaparkan Anwar (baju melayu ungu) menari ketika disambut oleh pelajar UMK semasa program Temu Anwar di UMK, Bachok pada Ahad.

KETERUJAAN Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menari semasa disambut oleh mahasiswa Universiti Malaysia Kelantan (UMK) ternyata dimanipulasi oleh pihak tertentu.

Video berkenaan dimuat naik di Twitter Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman memaparkan Anwar menari dengan pelajar-pelajar tersebut sambil diiringi lagu rancak.

"What kind of 'Madani' do we have here?' ciapnya dalam Twitter pada Selasa.

Namun begitu, seorang pengguna Twitter @Firdausi_Fauzi tampil dengan penjelasan menyatakan bahawa video tersebut telah disunting dan dimasukkan lagu yang seakan-akan sesuai dengan suasana serba meriah itu.

Dia turut melampirkan ciapan mengandungi video asal suasana berkenaan yang dimuat naik oleh pengguna Twitter lain, @amiraimanr tanpa sebarang lagu latar belakang.

Jelas kedengaran bahawa sorakan para pelajar itu berbunyi ala-ala 'chant' Harimau Malaya.

"Video asal tapi sang pemfitnah tunggang agama tak kira halal haram upload video yang dah disunting lagu dangdut," ciapnya.

Anwar pada Ahad hadir ke Program Temu Anwar yang dilakukan di Dewan Tuanku Canselor UMK, Bachok.

Program berkenaan melibatkan sesi berdialog dan soalan jawab bersama mahasiswa yang ingin bertanyakan apa jua soalan kepada Anwar. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram