Tak perlu 'play victim', Malaysia sentiasa alu-alukan kepulangan Raja Petra ke tanah air


  • Primer
  • Khamis, 22 Jun 2023

Saifuddin (kanan) mengalukan kepulangan Raja Petra (kiri) ke Malaysia melalui saluran yang betul.

MALAYSIA sentiasa mengalu-alukan kepulangan penulis blog, Raja Petra Kamarudin ke tanah air pada bila-bila masa menerusi saluran dan prosedur yang betul tanpa perlu berasa teraniaya.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, dia perlu menghantar permohonan dan membawa dokumen perjalanan yang sah supaya dapat kembali ke Malaysia.

"Tak perlu rasa terancam dan mendakwa kerajaan tidak membenarkan kamu pulang ke Malaysia.

"Jika dia benar-benar rindukan negara ini, dia perlu melalui saluran betul dan bertemu dengan pihak yang tepat," katanya.

Terdahulu, Raja Petra mendakwa kerajaan Malaysia tidak membenarkannya pulang ke tanah air.

Perkara tersebut dimaklumkan menerusi satu videonya di media sosial memaklumkan pihaknya pernah berunding beberapa kali dengan pihak berkuasa sejak 2013 untuk pulang ke Malaysia.

Beliau turut mendakwa pernah bertemu dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika negara dipimpin oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika itu.

Selain itu, Raja Petra turut bertemu dengan dua orang ahli Kabinet dan beberapa pegawai dari Bukit Aman untuk membantu dalam proses tersebut. The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram