Giliran bekas teman wanita pemain bola pula kena panggil polis Sabah


  • 112
  • Rabu, 21 Jun 2023

Tangkap layar hantaran tular mendakwa kekasih Rizal Ghazali, Dr Hana Rose dipanggil polis.

BEKAS kekasih seorang pemain bola sepak kelab Liga Super dipanggil untuk memberi keterangan di Balai Polis Kota Kinabalu dipercayai atas dakwaan menceroboh dan perbuatan khianat terhadap teman lelakinya itu.

Perkara tersebut disahkan oleh Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah ketika dihubungi Majoriti pada Rabu.

Zaidi memaklumkan kes berkenaan masih dalam siasatan pihaknya dan akan mengeluarkan butiran lanjut berhubung itu dalam masa terdekat.

photo1687359542 (1)

Sementara itu, wanita berkenaan dikenali sebagai Dr Hana Rose menerusi IG Live pada Rabu mengesahkan dia ke Balai Polis Kota Kinabalu untuk membantu siasatan.

Doktor estetik itu turut mengesahkan hubungan mereka sudah putus dan tidak lagi bersama selepas insiden berkenaan.

Dia juga mendedahkan bahawa dia dipanggil polis kerana tuduhan menceroboh rumah bekas kekasihnya itu kerana mahu mengambil barang di kediaman lelaki berkenaan.

"Saya mahu ambil barang. Banyak barang saya di rumahnya," katanya dalam IG Live itu.

WhatsApp Image 2023-06-21 at 23.35.20

Tangkap layar IG Live Dr Hana Rose pada Rabu. — Instagram

Terdahulu tular di laman Facebook Malayantigerfans mendakwa bekas kekasih seorang pemain bola sepak Sabah FC dipanggil ke Balai Polis Kota Kinabalu.

Dia dipercayai dipanggil memberi keterangan atas dakwaan menceroboh dan perbuatan khianat.

Sebelum ini, Majoriti melaporkan wanita itu dipercayai dicederakan oleh teman lelakinya itu di sebuah hotel di Petaling Jaya pada 7 Jun lepas akibat perselisihan faham.

Rentetan itu, lelaki terbabit ditahan polis pada 8 Jun untuk diambil keterangan berhubung tuduhan mencederakan kekasihnya dan mendatangkan kerosakan kepada telefon bimbitnya.

Pada 19 Jun lepas, dia didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas pertuduhan memukul dan merosakkan telefon bimbit teman wanita di sebuah hotel dan mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan.

Mahkamah membenarkan lelaki terbabit, Rizal Ghazali, diikat jamin RM3,500 bagi kedua-dua pertuduhan dan menetapkan sebutan semula kes pada 24 Ogos depan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram