
PEKERJA di sebuah kedai serbaneka di Bandar Rinching, Kajang, Selangor mengalami kecederaan di muka selepas diserang oleh seorang lelaki mabuk di premis terbabit pada Isnin.
Lebih mengejutkan, selepas teruk dibelasah, mangsa berusia 17 tahun turut dipaksa berswafoto bersama seorang rakan lelaki penyerang yang turut berada di kedai tersebut.
Video mengenai insiden itu tular sejak Selasa memaparkan mangsa ditumbuk oleh lelaki mabuk terbabit yang memakai baju hijau sehingga terjatuh di atas lantai sebelum ditendang oleh individu sama.
Dalam pada itu, gambar swafoto tersebar juga menunjukkan mangsa mengalami kecederaan dengan keadaan hidungnya sedang berdarah manakala individu yang bergambar bersama mangsa, iaitu rakan kepada penyerang dilihat masih boleh tersenyum.
Pada waktu kejadian, mangsa turut dilihat turut bertugas bersama seorang lagi pekerja lain di kedai serbaneka terbabit.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, insiden itu berlaku selepas mangsa menegur perbuatan suspek yang mengambil tiga batang payung dari premis berkenaan dan keluar tanpa membuat sebarang pembayaran.
"Selepas itu, suspek bertindak kembali ke dalam premis lalu menumbuk mangsa di bahagian muka. Selepas kejadian tersebut, suspek beredar meninggalkan premis," katanya dalam satu kenyataan.
Ajak Swafoto lepas tumbuk pekerja partime 7E
Kajang: Pekerja sebuah kedai serbaneka di Bandar Rinching di sini, cedera di muka selepas ditumbuk lelaki mabuk kerana menegurnya mengambil payung di dalam premis berkenaan malam tadi.
Mangsa berusia 17 tahun. pic.twitter.com/Nlb1rcTMSJ
— Jabatan Netizen Malaysia (@jnmalaysia) June 20, 2023
Mohd Zaid berkata, susulan daripada insiden itu, mangsa sudah mendapatkan rawatan di hospital sebelum tampil membuat laporan polis.
"Berikutan kejadian ini, polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang mana jika sabit kesalahan boleh dihukum dengan penjara selama tempoh sehingga 20 tahun dan denda atau sebat.
"Usaha mengesa suspek sedang giat dijalankan," ujarnya.
Pihak polis turut menyeru mana-mana individu yang mempunyai maklumat berhubung kejadian berkenaan untuk tampil menghubungi mana-mana balai polis di bawah Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kajang di talinan 03-89114222 atau pegawai penyiasat kes, Inspektor Nur Fatihah Awang di talinan 011-25703695. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram