[VIDEO] Polis rampas kerusi plastik, iPhone kes remaja bergaduh di Kluang


  • 112
  • Sabtu, 17 Jun 2023

Tangkap layar sebuah video yang tular memaparkan seorang remaja dipikul beramai-ramai di Kluang, Johor.

POLIS menahan enam lelaki tempatan yang dipercayai terlibat dengan rusuhan di bangunan komersial Jalan Langsat, Kluang, Johor.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, pihaknya menerima laporan berhubung satu video yang tular di media sosial.

"Hasil siasatan mengenal pasti lokasi kejadian berlaku di hadapan lot kedai bangunan komersil Jalan Langsat, Kluang.

" Pada pukul 3.56 petang Jumaat, sepasukan pegawai dan anggota polis dari bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang menahan enam lelaki tempatan.

"Kesemua yang ditahan berumur dalam lingkungan 15 hingga 18 tahun di sekitar Kluang," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Tambahnya lagi, kerusi plastik dan sebuah telefon jenis iPhone turut menjadi barang rampasan.

Kes disiasat di bawah Seksyen148 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda kedua-duanya jika sabit kesalahan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram