SEORANG penunggang berdepan detik cemas apabila motosikal dinaikinya terbakar selepas selesai mengisi petrol di sebuah stesen minyak.
Kejadian itu dirakam dalam satu video tular sejak Sabtu yang menunjukkan kebakaran tersebut berlaku sebaik penunggang itu cuba menghidupkan enjin motosikalnya.
Selepas menyedari api mula marak di bahagian hadapan motornya, lelaki itu dilihat panik dan cuba memadam dengan tangannya sendiri meskipun terdapat alat pemadam api yang digantung terletak betul-betul di sebelah kanannya di pam minyak tempatnya mengisi petrol.
Lelaki itu menolak motosikalnya ke kawasan parkir stesen minyak terbabit dengan kenderaannya itu dilihat mula terbakar di keseluruh bahagian.
Selepas gagal memadamkan api tersebut, dia kemudiannya menolak motosikalnya ke kawasan kawasan parkir berdekatan tempat mengisi angin tayar kenderaan dan meninggalkan kenderaannya itu untuk menyelamatkan diri.
Api dilihat mula membakar keseluruhan motosikalnya tidak lama selepas itu.
Berdasarkan video klip berdurasi satu minit 17 saat daripada kamera litar tertutup (CCTV) stesen itu, seorang individu lain dilihat segera tampil memberikan bantuan dengan memadam kebakaran berlaku menggunakan alat pemadam api.
Lani kalu dah panic, semua benda x nampak dah. Kita x duk dalam kasut dia time jadi lagu nie.
Boleh claim insurance lagi nie mat pic.twitter.com/DESbOYAST1
— Jabatan Netizen Malaysia (@jnmalaysia) June 17, 2023
"Bila dah panik, semua benda tak nampak dah. Kita tak duduk dalam kasut dia masa perkara ni jadi," tulis ciapan yang berkongsikan video tersebut.
Tidak dapat disahkan bila waktu dan lokasi kejadian itu berlaku dengan punca kebakaran motosikal itu juga tidak dapat dipastikan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram