[VIDEO] Tabung gas oksigen bantuan pernafasan meletup punca kereta dinaiki 3 beranak terbakar di Alor Setar


  • 112
  • Rabu, 14 Jun 2023

Sebuah kereta terbakar akibat tong gas meletup sehingga mencederakan tiga beranak di Taman Industri Ringan Sri Mergong pada Selasa. — Bomba

MALANG tidak berbau apabila sebuah kereta dinaiki tiga beranak terbakar akibat tabung oksigen meletup secara tiba-tiba di Taman Industri Ringan Sri Mergong, Alor Setar, Kedah pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, siasatan mendapati ketiga-tiga mangsa dari Kampung Pinang, Pedu pergi ke lokasi kejadian untuk mengisi dua tabung gas oksigen bantuan pernafasan bagi kegunaan sendiri.

Menurutnya, selepas mengisi gas, mereka membawa tabung gas terbabit ke dalam kereta untuk dibawa pulang ke kampung isterinya di Kempas, Johor.

"Namun tiba-tiba kedua-dua tong gas tersebut dipercayai meletup sehingga mengakibatkan kebakaran kenderaan jenis Proton Wira," katanya memetik laporan Harian Metro.

Dalam pada itu, Ahmad Shukri berkata, ketiga mangsa Tuah Omar, 54 bersama isteri dan anaknya, Muhammad Firdaus Syawal Abdullah, 5, melecur dan dirawat di Zon Merah Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.

Manakala, isterinya yang berada di bahagian penumpang hadapan mengalami kecederaan ringan dan dirawat di zon kuning hospital sama. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram