[VIDEO] Rakaman kes treler pandu laju, makan jalan rempuh Alza di Seremban tular


  • Tular
  • Jumaat, 16 Jun 2023

Tangkap layar video memaparkan insiden membabitkan sebuah treler yang dipandu dengan laju sehingga merempuh kereta jenis Perodua Alza yang datang dari arah bertentangan.

TULAR video memaparkan insiden membabitkan sebuah treler yang dipandu dengan laju sehingga merempuh kereta jenis Perodua Alza yang datang dari arah bertentangan.

Video berdurasi 25 saat yang dimuat naik di Twitter @SenawangTV itu dipercayai berlaku di Bukit Putus, Seremban, Negeri Sembilan pada Khamis.

Menerusi video berkenaan, treler itu dipercayai dipandu secara laju di lorong bertentangan sewaktu menuruni laluan bukit.

Sumber orang awam memaklumkan, kedua-dua penumpang masing-masing berada dalam keadaan selamat.

Dalam masa sama, kawasan itu juga difahamkan antara kawasan panas (hotspot) yang sering menjadi lokasi kemalangan.

Rata-rata warga maya yang menonton video tersebut mengecam tindakan pemandu treler yang boleh membahayakan nyawa pengguna jalan raya lain.

“Situ spot sey selalu potong juga tu sebab jalan satu lorong jadi dua lorong. Tengok keadaan accident tu, mati rasanya kalau ada penumpang belah kiri tu. Pemandu tidak tahulah mungkin mati atau parah. Ada info lain tak pasal orang dalam kereta tu min?” soal Azfar AGe.

“Lorong Bukit Putus-Seremban ni, agak bahaya kena hati-hati, kalau ada kereta di lorong kiri, treler ke, kereta ke di lorong kanan, tak boleh suka hati potong kenderaan lain yang kat depan ia,” kata Fatin Iliqa.

Keadaan treler dan kereta setelah kemalangan yang berlaku pada Khamis. Twiiter/SenawangTV

“Jangan nanti keluar alasan brek tak berfungsi sudah lah. Terang-terang salah treler bebal nak potong kereta depan dah kenapa. Apa yang dikejarkan sangat?” kata aizatmuhammad.

Luckily driver tu selamat dan keseorangan. Kalau ada penumpang di sebelah 99.9 peratus dah arwah,” ujar ben.

Setakat berita ini ditulis, masih belum ada sebarang kenyataan yang dikeluarkan pihak berkuasa. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram