Sorok dalam parit selamatkan diri daripada puting beliung


  • Benua
  • Jumaat, 27 Jan 2023

Kejadian puting beliung di Orange County merosakkan sebahagian rumah, kereta selain menyebabkan talian elektrik terputus. — Agensi

SEPASANG kekasih berdepan detik cemas selepas kenderaan yang mereka naiki hampir dibadai puting beliung dalam kejadian pada Selasa.

Namun pasangan itu dan dua ekor anjing mereka sempat mencari perlindungan untuk menyelamatkan diri mereka.

Rakaman video kejadian di Orange County, California, Amerika Syarikat itu tular di laman sosial selepas dikongsikan mangsa di Twitter @nomadic_habits_.

Menerusi rakaman tersebut kelihatan mangsa, Zachary Peck-Chapman menjerit ke arah teman wanitanya untuk membawa anjing peliharaan mereka ke tempat selamat.

"Kejadian paling menakutkan yang pernah kami alami," tulisnya di Twitter.

Kedua-duanya mengambil langkah berjaga-jaga selepas amaran ribut puting beliung dikeluarkan Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan.

"Kami berlari ke arah parit berdekatan untuk mencari perlindungan ketika puting beliung itu melanda," katanya.

Bencana alam itu merosakkan sebahagian rumah, kereta selain menyebabkan talian elektrik terputus. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram