[VIDEO] Hairan bin ajaib, kilat berwarna ungu sambar-menyambar angkara cuaca ekstrem


  • Benua
  • Khamis, 13 Okt 2022

Tangkap layar memaparkan jelas kelihatan kilat berwarna ungu sambar-menyambar di kawasan gunung Merapi, Indonesia. — Agensi

TULAR satu video yang memaparkan fenomena kilat sambar-menyambar berwarna ungu di Gunung Merapi, Yogyakarta, Indonesia, pada Selasa.

Ketua Stesen Balai Penyelidikan dan Pengembangan Teknologi Kebencanaan Geologi (BPPTKG), Agus Budi Santoso berkata, fenomena kilat dan petir itu dirakam pada pukul 4.34 petang.

"Ketika fenomena tersebut berjaya dirakam, bunyi petir yang kuat berdentum juga jelas kedengaran dari Pejabat Pengamatan Gunung Merapi.

"Fenomena yang terjadi disebabkan oleh perubahan cuaca yang ekstrem yang terjadi di Indonesia, terutama di wilayah Yogyakarta," katanya.

Menurut Agus, masyarakat perlu sentiasa bersedia dengan sebarang bencana seperti banjir, banjir kilat, angin kencang, dan puting beliung serta sentiasa mengikuti perkembangan info cuaca daripada sumber yang tepat.

Sementara itu, Ketua Stesen Metereologi Badan Meterologi Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Yogyakarta, Warjono turut menjelaskan agar orang ramai untuk peka dengan info cuaca sehingga 15 Oktober depan.

Tambahnya, masyarakat perlu berwaspada terhadap cuaca yang berpotensi untuk ekstrem terutama buat masyarakat yang tinggal di kawasan berdekatan.— Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram