TINDAKAN warga asing bercucuk tanam di Taman Pelangi, Juru, Pulau Pinang mengundang pelbagai reaksi daripada warga maya baru-baru ini.
Melalui video yang dimuat naik di akaun TikTok, munish1007 memaparkan kawasan lapang yang terletak di tepi jalan raya berkenaan digunakan warga asing untuk bercucuk tanam bercucuk tanam pelbagai sayuran.
"Orang Vietnam bercucuk tanam di tepi jalan. Lokasi, Taman Pelangi, Juru, Pulau Pinang," tulisnya dalam dakwaan di video berkenaan.
Dalam video tersebut, turut kelihatan seorang individu dipercayai warga asing pemilik kebun haram berkenaan sedang membaja batas sayur tersebut.
Tindakan warga asing tersebut menjadi bualan ramai kerana dilihat mengambil kesempatan terhadap masyarakat tempatan yang masih lagi bergelut mencari pekerjaan sedangkan mereka sewenang-wenangnyanya bercucuk tanam di kawasan awam tanpa rasa takut.
"Berani betul mereka ini. Aku yang warganegara Malaysia pun tak berani buat seperti itu," kata Rose Biru.
Seorang lagi warga maya, Dino, turut mempersoalkan tindakan warga asing tersebut.
"Boleh ke bercucuk di kawasan tersebut? Kena periksa dulu dengan pihak yang berkuasa. Harap pihak Imigresen siasat dakwaan ini," katanya.
"Alamak, aku nak menanam atas tebing lorong laman depan rumah sendiri pun rasa bersalah. Takut jiran mengata," kata @6169na.
Sebelum ini, kejadian serupa turut berlaku di Pulau Meranti, Puchong, Selangor baru-baru ini.
Perkara tersebut didedahkan sendiri oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam satu serbuan pada Khamis lalu.
Media tempatan melaporkan, sekumpulan warga asing menjadikan tanah seluas empat ekar (kira-kira 1.4 hektar) di Pulau Meranti sebagai penempatan haram yang lengkap dengan surau dan pelbagai kemudahan lain.
Mereka juga menceroboh kawasan itu dengan menanam pelbagai sayuran kontan untuk dijual kepada pemborong.
Difahamkan, mereka menjadikan kawasan grid pencawang elektrik itu sebagai kebun sayuran sejak 33 tahun lalu dengan menyewa tanah daripada penduduk tempatan dengan sewaan RM600 sebulan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram