[VIDEO] Aksi selfie tengah jalan antara momen akhir sebelum kereta Syamsul Yusof berasap


  • Tular
  • Isnin, 12 Jun 2023

Tangkap layar video menunjukkan seorang penunggang berhenti ketika berada di persimpangan lampu isyarat untuk berswafoto bersama Syamsul.

PENGARAH popular, Syamsul Yusof kembali menjadi perhatian di sosial media selepas kereta mewahnya, Lamborghini dilihat berasap ketika berada di tengah-tengah jalan.

Kejadian itu tular baru-baru ini di TikTok yang menyaksikan kereta berwarna kuning emas miliknya itu mengeluarkan asap putih tebal dipercayai selepas mengalami kerosakan.

Menerusi video tular itu, Syamsul dilihat dalam keadaan tenang dan berjalan ke arah tempat duduk belakang kenderaan tersebut.

WhatsApp Image 2023-06-12 at 10.33.46 PM

Tangkap layar video tular menunjukkan kereta mewah dinaiki Syamsul dipercayai rosak selepas mengeluarkan asap tebal berwarna putih.

Dalam pada itu, terdapat warganet yang berkongsikan rakaman video dipercayai waktu terakhir sebelum kenderaan mewah itu terbakar.

Berdasarkan rakaman tersebut, Syamsul dilihat memandu kenderaan tersebut dekat jalan di sekitar bandar raya Kuala Lumpur bersama seorang lagi penumpang lelaki.

Teruja dengan kehadiran kereta mewah itu, seorang penunggang motosikal dilihat turut berhenti di sebelah kenderaan itu untuk berwafoto dengan artis tersebut.

"Beriya la sampai berhenti dekat traffic light pun nak tangkap gambar dengan dia," tulis AmyliaAzhar dengan emoji gelak.

"Tergelak sikit pun takpe ke," tulis xulaiha. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram