[VIDEO] Selinap ikut tingkap, 3 penyangak kebulur selongkar makanan dalam dapur di Kuching


  • Tular
  • Ahad, 11 Jun 2023

Tangkap layar video memaparkan tiga suspek memasuki rumah melalui tingkap di dapur sebelum berkeliaran dalam rumah di Jalan Stampin Tengah, Kuching, Sarawak pada awal pagi Sabtu.

KEGIATAN tiga penjenayah memasuki sebuah rumah di Jalan Stampin Tengah, Kuching, Sarawak berjaya dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) kira-kira pukul 3.30 pagi pada Sabtu.

Rakaman tersebut memaparkan ketiga-tiga suspek berkenaan memasuki rumah melalui tingkap dapur dan dilihat mengambil beberapa barangan dipercayai pisau.

Tidak lama kemudian, mereka dilihat berkeliaran dalam kediaman terbabit dipercayai mencari sesuatu untuk dicuri.

Dalam rakaman video yang berasingan, ketiga-tiga individu berkenaan dilihat menuruni tangga dipercayai dari bilik penghuni rumah berkenaan.

Namun, salah seorang suspek dilihat menyelongkar peti ais di dapur, dipercayai kelaparan sebelum beredar.

Sementara itu, masih belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada pihak polis berkenaan insiden tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram