TMJ ‘salute’ cadangan fans dapatkan tonggak skuad Gajah Perang


  • Podium
  • Ahad, 11 Jun 2023

Chanatip (kanan) ketika beraksi bersama Kawaski Frontale di Liga Jepun. — Agensi

MENGHAMPIRI tempoh kurang sebulan sebelum jendela perpindahan pertengahan musim dibuka pada Julai ini, berita perpindahan pemain ke kelab yang beraksi di Liga (M) semakin hangat dibincangkan.

Perkembangan perpindahan tersebut bukan sahaja melibatkan pemain sedia ada di liga domestik, tetapi juga bintang yang beraksi di bersama kelab luar negara.

Antara kemasukan besar yang berlaku tentunya melibatkan penyertaan bintang bola sepak Colombia, Radamel Falcao bersama Johor Darul Takzim (JDT).

Pemain yang terkenal dengan gelaran El-Tigre itu dijangka bukan sahaja bakal menjadi pemain paling berprofil tinggi beraksi di Liga M tetapi juga bintang paling mahal di dalam negara.

Bagaimanapun, sebagai pasukan gergasi negara, skuad Harimau Selatan itu dilihat tidak mudah berpuas hati dengan hanya sekadar satu berita perpindahan besar pada kali ini.

Ia selepas mula timbul desas-desus bahawa skuad Harimau Selatan bakal menandatangani satu lagi nama besar daripada negara jiran yang kini beraksi di Liga Jepun.

Chanathip Songkrasin of Thailand celebrates after scoring the first goal during the AFF Suzuki Cup 2020 final first leg soccer match between Indonesia and Thailand in Singapore, Wednesday, Dec. 29, 2021. (AP Photo/Suhaimi Abdullah)

Chanatip merupakan perancang utama skuad kebangsaan, Thailand.

Khabar angin tersebut mula bertiup kencang selepas pemilik JDT yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim memberikan tanda suka terhadap satu ciapan cadangan pengguna Twitter supaya pasukannya menandatangani bintang dari Thailand iaitu Chanatip Songkrasin.

Saranan itu dilontarkan baru-baru ini oleh akaun menggunakan nama ThaiFootball yang turut menyertakan tag kepada Twitter rasmi TMJ, iaitu HRH Crown Prince of Johor.

Berusia 29 tahun, Chanatip yang juga pemain utama skuad kebangsaan Thailand memiliki pengalaman selama beraksi di Liga Jepun yang disifatkan antara kejohanan paling kompetitif di Asia.

WhatsApp Image 2023-06-11 at 6.05.16 PM

Tangkap layar tanda suka diberikan TMJ di ciapan ThaiFootball. — Twitter

Bagaimanapun, dia dilihat mula bergelut untuk mendapatkan minit permainan bersama pasukannya, Kawasaki Frontale pada musim ini.

Daripada 17 perlawanan pada musim ini, namanya hanya berada di dalam skuad perlawanan sebanyak lima kali manakala penampilannya dalam sebagai kesebelasan utama pula hanya sebanyak dua kali.

Disebabkan kemerosotan waktu permainan itu, Chanatip turut dikaitkan dengan perpindahan semula ke Liga Thailand demi untuk menyelamatkan kariernya.

Malah, seorang pemilik kelab di liga tersebut, iaitu Madame Pang yang menguasai Port FC turut menyatakan kesediaannya untuk menerima kepulangan Chanatip dengan menyertai pasukannya.

Namun begitu, hint terbaharu diberikan TMJ itu pastinya membuka kemungkinan baharu terhadap destinasi Chanatip yang pernah disenaraikan sebagai 10 pemain termahal di Liga Jepun pada musim 2020.

tmj

Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Cita-cita tinggi dimiliki oleh TMJ itu bukanlah sesuatu yang agak pelik memandangkan pasukannya itu kini mempunyai sasaran lebih tinggi iaitu untuk menakluk Liga Juara Juara Asia (ACL) itu.

Pada masa sama, prospek bagi beraksi di kejohanan tertinggi kelab Asia untuk beberapa musim akan datang pastinya mampu menarik perhatian Chanatip untuk memilih JDT sebagai pasukan terbaharunya.

Apatah lagi, selain mempunyai infrastruktur terbaik bagi kelab di Asia, skuad Harimau Selatan juga dilihat tidak mempunyai masalah untuk menawarkan gaji lebih baik berbanding sekiranya dia memilih untuk pulang ke Thailand.

Dengan pengalaman beraksi lama di Liga Jepun, dia juga dijangka tidak mempunyai masalah untuk menempatkan diri dalam kesebelasan utama skuad Harimau Selatan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram