Dikhabarkan ke liga Indonesia, 3 sebab Shane Lowry perlu kekal dalam benteng JDT


  • Podium
  • Jumaat, 09 Jun 2023

Shane menyertai JDT sejak musim 2021 dengan misi untuk bermain dalam saingan ACL sebagai pemain pertahanan utama kelab itu. — Facebook/Johor Southern Tigers

PASUKAN Johor Darul Takzim (JDT) sekali lagi tersenarai dalam senarai pasukan yang bakal berentap dalam saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL).

Skuad Harimau Selatan itu kali pertama membuat debut sulung mereka menyertai kejohanan bertaraf antarabangsa itu sejak 2019 dan terus mendapat slot automatik dalam liga berkenaan.

Ketika musim tersebut, pemain-pemain seperti Safawi Rasid, Aidil Zafuan dan Farizal Marlias terus memberikan persembahan terbaik memberikan prestasi terbaik mereka sepanjang saingan di peringkat kumpulan.

Tidak cukup dengan itu, jaringan daripada Safawi ketika menentang Shandong Luneng juga berjaya dinobatkan sebagai antara gol terbaik dalam kejohanan ACL 2019.

1767713

Kehadiran Shane Lowry menyertai JDT merealisasikan impian kelab itu untuk ke peringkat ke-16 ACL musim sebelumnya. — Facebook/Johor Southern Tigers

Sambil menanti debaran menjelang ACL musim ini, ada khabar angin yang bertiup kencang berkenaan pemain pertahanan JDT, Shane Lowry bakal dipinjamkan ke kelab Indonesia, Persija Jakarta.

Walaupun masih belum dapat dipastikan kesahihannya, ada beberapa sebab mengapa khidmat pemain kelahiran Australia masih diperlukan di JDT:

1. Pengalaman ACL lebih lama

Untuk rekod, Shane mula menyertai JDT sejak musim 2021 dengan misi khas dalam saingan ACL sebagai tanker utama JDT.

Kehadirannya dalam skuad Harimau Selatan itu sekali gus membawa pasukan gergasi itu hingga ke peringkat ke-16 kejohanan, yang ketika itu melepasi sasaran yang diletakkan oleh pemilik kelab tersebut, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Untitled design - 1

Jordi Amat (kiri) lebih sesuai digandingkan dengan Shane Lowry bagi mengukuhkan bentang pertahanan JDT. — Facebook/Johor Southern Tigers

2. Gandingan lebih mantap dengan Jordi Amat

Walaupun banyak menyaksikan pemain pertahanan, Feroz Baharudin digandingkan dengan Jordi Amat, namun Shane juga serasi dengan tanker kental naturalisasi Indonesia itu.

Disebabkan kedua-dua mereka merupakan pemain tetap kesebelasan utama di skuad senior dan JDT II, wajarlah mereka dipadankan bersama untuk memperkukuh tembok pertahanan skuad berkenaan.

3. Musim lebih sengit, sasaran untuk layak ke peringkat lebih tinggi

Memandangkan persembahan JDT pada musim lepas melepasi sasaran, pastinya TMJ letakkan sasaran lebih tinggi dalam kejohanan berkenaan.

Ditambah pula dengan muka baharu seperti Endrick Dos Santos, Diogo dan Juan Muñiz, pastinya kekuatan pasukan lebih mantap untuk mengharungi saingan lebih sengit berdepan kelab-kelab gergasi seperti kelab Jepun dan Korea yang memiliki kekuatan lebih mantap. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram