[VIDEO] Konvoi kelab kereta mewah dari Singapura 'conquer' laluan jambatan P. Pinang


  • Tular
  • Sabtu, 10 Jun 2023

Tangkap layar beberapa buah kenderaan dengan plat pendaftaran Singapura didakwa menghalang laluan di jambatan Pulau Pinang.

BELUM lagi reda kes pelawak Singapura yang didakwa menghina Malaysia menerusi persembahan lawak baru-baru ini, timbul pula isu konvoi kelab kereta mewah dari negara jiran terbabit yang didakwa melanggar undang-undang di negara ini.

Terbaharu, sekumpulan kereta bernombor pendaftaran dari negara berkenaan dirakam memandu secara perlahan di jambatan Pulau Pinang pada Sabtu.

Dipercayai merupakan sebuah program anjuran kelab kereta dari Singapura, situasi itu mengundang perhatian warganet susulan tindakan si pemandu yang menghalang pergerakan trafik di laluan berkenaan.

Memenuhi setiap ruangan lorong termasuk laluan kecemasan di situ, aktiviti konvoi itu mengakibatkan jalan bertukar sesak.

Dalam pada itu, situasi itu juga dipercayai telah mengakibatkan trafik sesak kira-kira selama satu jam di jambatan berkenaan gara-gara sikap si pemandu yang terlampau mementingkan diri sendiri.

Beberapa warganet yang berada di lokasi kejadian meluahkan kemarahan di laman media susulan insiden terbabit.

"Habis semua jalan dia tutup, laluan jadi sesak kereta semua bergerak perlahan disebabkan dia, ini ke 'first world country'," kata Izman Zamel.

"Tak kisah la pandu kereta mewah sekali pun, tapi jangan menyusahkan orang, datang negara orang buat cara dan peraturan di sini, bukan main suka hati," ujar Ghaz Rahmat.

"Mentaliti rakyat Singapura, lepas hina kita dia tunjuk besar kepala pula dekat sini, harap polis tolong ambil tindakan pada kelab kereta yang terlibat," jelas Ariff Rahman.

Terdahulu, seorang pelawak dari negara seberang mencetuskan kemarahan ramai apabila menghina dan menjadikan tragedi MH370 sebagai bahan jenaka.

Susulan insiden terbabit, Pesuruhjaya Tinggi Singapura-Malaysia, Vanu Gopala Menon mendedahkan individu tersebut tidak lagi memegang status kewarganegaraan Singapura.

Namun, belum ada sebarang kenyataan polis berhubung kejadian di jambatan Pulau Pinang itu setakat ini dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil ke balai berhampiran untuk membuat laporan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram