Mengada nak naik sangat, remaja besar panjang tersangkut buaian budak di Sungkai


  • 112
  • Sabtu, 10 Jun 2023

Bomba terpaksa menggunakan peralatan khas bagi memotong buaian tersebut untuk mengeluarkan mangsa. — Bomba

TINDAKAN seorang remaja perempuan bermain buaian kanak-kanak membawa padah apabila dia terperangkap dalam buaian tersebut.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di salah sebuah taman permainan kanak-kanak di Sungkai Perdana, Sungkai, Perak.

Susulan daripada tindakannya itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak dikerahkan membantu mangsa mengeluarkan mangsa yang berumur 16 tahun di buaian kanak-kanak berkenaan.

Melalui makluman yang dikongsikan di halaman Friends of Bomba Malaysia, pasukan bomba yang diketuai Ketua Operasi PBKII Ahamd Tarmizee Hassan menggunakan peralatan khas bagi memotong buaian tersebut untuk mengeluarkan mangsa.

Tiada kecederaan yang dialami mangsa dan dikeluarkan dengan selamat.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya yang melihat gambar yang dimuat naik di halaman Facebook berkenaan memberikan reaksi yang berbeza.

"Berkemungkinan dia lupa diri, sudah berumur 16 tahun tetapi ingat masih enam tahun. Bersangka baik," kata Cahaya Mata Ku.

"Saja nak bermanja ngan abang bomba itu," kata Zainun Mamat. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram