Majoriti7, The Star rangkul 5 anugerah kewartawanan HKM MPI-Petronas 2022


  • Massa
  • Jumaat, 09 Jun 2023

Editor Pengurusan SMG, Brian Martin (tengah) bersama pemenang HKM MPI-Petronas 2022 di The Majestic Hotel Kuala Lumpur, pada Jumaat.

STAR Media Group Bhd (SMG) berjaya meraih lima kemenangan termasuk tiga pemenang emas pada Malam Wartawan Malaysia 2023 sempena Hari Kewartawanan Malaysia (HKM) MPI-Petronas 2022 yang berlangsung di The Majestic Hotel Kuala Lumpur, Kuala Lumpur pada Jumaat.

Salah satu kemenangan itu adalah menerusi akhbar mingguan premium, Majoriti7 yang berjaya merangkul anugerah Kategori Desain Halaman Pertama Terbaik menerusi muka depan bertajuk 'UNDI 18 - Apa yang generasi muda mahukan?', 'Harga rumah naik setanding trend kuasa membeli', 'Siap siaga hadapi musim monsun dan risiko banjir' serta 'Bersediakah warga kota?'.

Pemenangnya, Tung Eng Hwa iaitu Editor Eksekutif Reka Bentuk Kandungan berjaya membawa pulang hadiah lumayan bernilai RM10,000 berserta trofi dan sijil.

Selain itu, The Star menerusi bekas wartawannya, Aliza Shah Muhammad Shah menjadi pemenang emas bagi Kategori Kewartawanan Penyiasatan Cemerlang menerusi berita-berita berjudul 'Express dental danger', 'A high price to pay', dan 'Kid's play to get dentist kit'.

Kategori Hadiah Wartawan Muda A. Samad Ismail pula berjaya dirangkul oleh seorang lagi wartawan The Star, Sandhya Menon menerusi laporan-laporannya berjudul 'Falling further behind', 'Cyberbullying: Virtual threats a real danger' dan 'Teachers' wish list'.

Kedua-duanya masing-masing membawa pulang wang tunai RM10,000 dan RM5,000 berserta trofi dan sijil.

file7qkll32wsk8a1mj8lpw

Anwar (tengah) bersama para pemenang Malam Wartawan Malaysia 2023 sempena HKM MPI-Petronas 2022 di The Majestic Hotel Kuala Lumpur, pada Jumaat.

Selain itu, The Star juga menjadi pemenang perak bagi Kategori Penulisan Rencana Cemerlang menerusi laporan Revathi M. Murugappan bertajuk 'Preparing for the endgame', 'Calling the trauma team!', dan 'When doctor becomes patient'.

Tidak ketinggalan Kategori Kewartawanan Multimedia Cemerlang menerusi laporan 'MULTIMEDIA: Join us in a virtual tour of Melaka', 'INTERACTIVE: Arnold's Seven Secret Penang Spots', dan 'INTERACTIVE: Can Malaysia regain its pre-pandemic tourism mojo?'.

Kategori berkenaan dimenangi secara berkumpulan oleh Ainul Diyana Pfordten Othman, Abdul Razak Ahmad Idris, Sim Leoi Leoi, Shaiful Rizwan Mohd Azhar, Ahmad Izzrafiq bin Alias, Liew Jia Xian, V Ragananthini, Sarban Singh, Loh Jy Shen, Siti Fatimah Zainal Abidin, Dorairaj Nadason, Mohd Syahril Mohd Jamal dan Aida Ahmad.

Kedua-dua anugerah berkenaan masing-masing membawa pulang wang tunai RM1,500 berserta trofi dan sijil.

Dalam perkembangan lain, majlis berprestij itu turut dihadiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil serta timbalannya Teo Nie Ching; Ketua Pegawai Eksekutif Institut Akhbar Malaysia (MPI), Datuk Dr Chamil Wariya dan Naib Presiden Eksekutif Petronas, Liza Mustapha.

Anwar dalam ucapannya berkata, kebebasan demokrasi hanya boleh termaktub jika ada wacana yang munasabah.

Menurutnya, pihak media berperanan menyebarkan ilmu dan menggesa semua membantu menyemai minat membaca khususnya dalam kalangan generasi muda.

"Saya masih berpendirian bahawa tugas wartawan bukan sahaja melaporkan tetapi memimpin, menjadi penggalak idea. Kita tidak boleh melaporkan tanpa nilai," katanya. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram