[VIDEO] 'Dalam tu ada ikan besar', ramai terkejut individu buang tabiat berenang dalam 'sungai' di The Mines


  • Tular
  • Sabtu, 03 Jun 2023

Tangkap layar video memaparkan individu berenang dalam sungai dalam pusat beli-belah The Mines, Serdang pada Jumaat.

MUNGKIN ingin lari daripada kebiasaan, seorang individu didapati berenang dalam sungai di pusat beli-belah The Mines, Serdang, Selangor.

Kelakuan aneh itu dirakam dan dimuat naik oleh pengguna TikTok pada Jumaat.

Video tular berdurasi tujuh saat itu memaparkan individu tersebut berenang dalam saliran berkenaan walaupun didakwa terdapat banyak ikan besar di dalamnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet hairan dengan perilaku individu tersebut yang berenang dalam saliran berkenaan kerana selain ada banyak ikan keli Afrika, bau air berkenaan juga tidak menyenangkan.

"Bau air dia pun aku tak tahan, macam mana dia boleh berenang dalam itu," kata @dilasyukrifamily.

"Dalam (sungai) itu ikannya sudahlah besar-besar, aku campak seketul kentang goreng (ke dalam sungai) tu dan macam ombak dia (ikan) berebut. Seram," kata @jxnnxhxsri.

Dalam perkembangan lain, pihak pusat beli-belah berkenaan masih belum mengeluarkan kenyataan berhubung perkara tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram