KEHIDUPAN berjiran yang sepatutnya harmoni dicemari dengan perilaku lelaki dipercayai warga asing selamba berjalan memakai seluar dalam di sebuah flat di Petaling Jaya.
Kelakuan tersebut dirakam oleh salah seorang penghuni di kediaman tersebut yang meluahkan rasa tidak selesa terhadap individu berkenaan yang tidak menghormati sensitiviti masyarakat.
"Kalau hidup berjiran dengan orang luar ini memang menyakitkan hati aku saja.
"Nasib aku saja yang nampak, kalau isteri aku? Tak ke aku yang jadi mangsa," katanya dalam video tersebut.
Sementara itu, rata-rata warganet turut berasa kurang selesa dengan perilaku individu terbabit berpakaian tidak senonoh di khalayak ramai.
"Cuaca sekarang tengah panas, kalau dia berbaju takut (kena) strok haba pula," sindir @sapieyaaaaaaaaaaaaaaa.
"Report lah, itu pun kategori mengganggu ketenteraman awam," kata @iamw4w4.
Dalam perkembangan lain, pihak berkuasa masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan insiden tersebut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram