Grab perluaskan rezeki rakan pemandu, tawar hadiah cabutan bertuah bernilai hampir RM300,000 


  • Bizz
  • Jumaat, 02 Jun 2023

Rakan pemandu boleh mengambil bahagian hanya dengan menyempurnakan tempahan yang akan ditukarkan kepada bilangan penyertaan berdasarkan peringkat mereka.

GRAB Malaysia menawarkan peluang kepada rakan pemandu sedia ada dan baharu untuk memenangi pelbagai barangan menarik dengan nilainya mencecah hampir RM300,000 menerusi Kempen Cabutan Bertuah yang dilancarkan baru-baru ini.

Aplikasi super terkemuka di Asia Tenggara ini menawarkan dua kereta Perodua Bezza, 10 Samsung Galaxy S22 Ultra, 10 iPhone 13 dan 100 x baucar petrol Shell (bernilai RM1,000) buat pemenang bertuah kempen kali ini.

Pengarah Operasi dan Mobiliti Negara Grab Malaysia, Rashid Shukor berkata, kempen yang berlangsung mulai 1 Mei hingga 31 Julai depan mencerminkan komitmen syarikat kepada rakan pemandunya, dengan memberikan kemudahan untuk mereka menjana pendapatan di platform tersebut.

Menurutnya, kempen itu juga berupaya menarik lebih banyak penyertaan daripada rakan pemandu baharu bagi memastikan permintaan terhadap kesalinghubungan yang kian meningkat di Malaysia dapat dipenuhi.

"Rakan pemandu boleh mengambil bahagian hanya dengan menyempurnakan tempahan yang akan ditukarkan kepada bilangan penyertaan berdasarkan peringkat mereka.”

"Rakan pemandu yang baru menyertai Grab dan akaun yang telah diaktifkan dalam tempoh ini akan menerima 100 penyertaan dan tambahan dua lagi penyertaan bagi setiap tempahan yang disempurnakan selepas itu," katanya.

grab

Grab menawarkan dua kereta Perodua Bezza, Samsung Galaxy S22 Ultra, iPhone 13 dan baucar buat pemenang Kempen Cabutan Bertuah.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh layari pautan www.grab.com/my. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram