[VIDEO] Ex-ref FIFA pun 'speechless' adik Grab tak lari lepas langgar kereta orang


  • Tular
  • Isnin, 20 Feb 2023

Subkhiddin memberikan respons positif kepada dua orang individu terbabit.

"TAK tahu nak cakap apa lagi dah, moga Malaysia terus aman".

Itulah reaksi bekas pengadil FIFA, Subkhiddin Mohd Salleh apabila melihat satu video mengenai seorang penghantar makanan yang tidak melarikan diri selepas melanggar sebuah kenderaan jenis MPV baru-baru ini.

Malah penghantar makanan itu turut mengaku kesalahannya yang tidak sengaja terlanggar kereta tersebut sehingga menyebabkan bahagian sisi kenderaan itu mengalami kerosakan.

Video itu dipercayai dimuat naik oleh pemilik kenderaan itu sendiri iaitu Andrew Cheah yang merupakan seorang pempengaruh TikTok.

Menerusi video tersebut, Andrew menanyakan beberapa soalan kepada penghantar makanan yang baru berusia 19 tahun itu.

"Kenapa you tak lari?" soal Andrew.

"Saya dah buat salah, takkan nak lari," jawab penghantar makanan itu.

Apabila ditanya berapa nak bayar ganti rugi, remaja itu hanya menyerahkan kos tersebut kepada Andrew untuk menentukan harga yang dibayar.

Namun Andrew kagum dengan sikap remaja itu yang berani serta tidak melarikan diri mengaku kesilapan dan meminta maaf berulang kali.

Disebabkan itu Andrew tidak meminta apa-apa bayaran ganti rugi kepada penghantar makanan tersebut serta sempat mengucapkan selamat tinggal kepada remaja itu.

Menerusi tinjauan Majoriti di ruangan komen, video itu turut mendapat perhatian Subkhiddin serta orang ramai yang terharu melihat sikap dua individu tersebut.

"Tak tahu nak cakap apa lagi dah, moga Malaysia terus aman," kata Subkhiddin Mohd Salleh.

"Adik ini memang aku respect, yang bawa kereta ini pula saya salute, jarang jumpa orang macam ini," jelas Wagon.

"Ini namanya adab bila ada adab kita pun sopan bila sopan datang hormat, salute kepada dua-dua insan ini," ujar Ch010.

Screenshot 2023-02-20 at 11-51-27 Ezzad_AR on Twitter

Tangkap layar komen Subkhiddin di Twitter.

Sebelum ini Subkhiddin pernah bertugas selaku pengadil di Piala Dunia 2010, dan merupakan pengadil pertama dari negara ini yang mengadili perlawanan di temasya terbesar bola sepak dunia itu.

Sepanjang bergelar pengadil dia pernah mengendalikan lebih 70 perlawanan antarabangsa serta lebih 150 perlawanan di Liga Malaysia. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram