KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) akan mengumumkan langkah perlindungan terkini dalam masa terdekat walaupun Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan pandemik Covid-19 dikategorikan sebagai kecemasan kesihatan global.
Menterinya, Dr Zaliha Mustafa berkata, pengumuman WHO pada 5 Mei lalu itu menandakan penamat kepada pandemik Covid-19 yang mengorbankan seramai 6.9 juta seluruh dunia.
"Kami di KKM sedang membincangkan langkah perlindungan terkini yang akan dilaksanakan kepada rakyat dalam masa terdekat meskipun Covid-19 tidak lagi menjadi Kecemasan Kesihatan Awam yang Menjadi Kepentingan Antarabangsa (PHEIC)," katanya menerusi satu video di Facebook beliau pada Selasa.
Bagaimanapun, Dr Zaliha dalam hantaran sama tetap menasihatkan rakyat Malaysia supaya terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sedia ada.
"Saya ingin menasihatkan seluruh rakyat Malaysia untuk terus mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) sedia ada serta keselamatan kendiri termasuklah memakai pelitup muka di tempat awam teutamanya bagi yang bergejala, anitasi tangan dan terus menjaga kesihatan.
"Jaga diri, jaga keluarga dan masyarakat," katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram