Kes budak menangis ditinggal 'parents' di Cyberjaya, polis maklum ditemui abang selepas 20 minit


  • Tular
  • Ahad, 28 Mei 2023

Kanak-kanak tersebut berjalan sambil menangis di Taman Tasik Cyberjaya pada petang Ahad.

SEORANG kanak-kanak berumur dalam lingkungan lima hingga tujuh tahun ditemui berjalan sendirian sambil menangis di Taman Tasik Cyberjaya, Sepang, Selangor pada petang Ahad.

Marikh Azahari menerusi satu hantaran di Facebook memaklumkan dia cuba bertanya tentang keberadaan ibu bapanya, namun percakapannya sukar difahami kerana agak pelat.

Menurutnya, selepas berusaha mencari ibu bapanya, dia meminta seorang peniaga kereta mainan sewa kanak-kanak di taman tersebut untuk menjaga kanak-kanak terbabit serta bertanya kepada orang awam yang lalu-lalang di kawasan tersebut.

"Peniaga tersebut berjanji sekiranya sehingga dia tutup kedai.

"Jika masih tidak dapat menemui kedua ibu bapa kanak-kanak ini, maka dia akan menghantar anak ini ke Balai Polis Cyberjaya untuk tindakan lanjut," katanya pada Ahad.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusoff memaklumkan peniaga tersebut hanya sempat menjaga kanak-kanak tersebut lebih kurang 20 minit sebelum didekati oleh seorang remaja dipercayai abang kepada kanak-kanak terbabit.

" Seorang remaja datang memperkenalkan diri sebagai abang kepada kanak-kanak yang dijumpai itu. Kemudian peniaga itu menyerahkan kanak-kanak tersebut (kepada ahli keluarganya)," katanya kepada Majoriti.Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram