[VIDEO] Kes ikat, heret anjing dengan kereta sampai mati, warga emas ditahan di Port Dickson


  • 112
  • Selasa, 30 Mei 2023

Tangkap layar seekor anjing yang diikat dan diheret dengan kereta di Kampung Sri Parit, Lukut, Port Dickson, Negeri Sembilan.

SEORANG lelaki warga emas disyaki menyebabkan kematian seekor anjing di Kampung Sri Parit, Lukut, Port Dickson, Negeri Sembilan pada Sabtu ditahan pihak polis pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, polis menerima aduan daripada seorang lelaki berusia 44 tahun yang melihat seekor anjing telah diperlakukan dengan kejam sehingga cedera dan berdarah.

"Pengadu telah melihat anjing tersebut diikat dan diheret dengan menggunakan kereta. Akibat kejadian itu, anjing terbabit telah mati," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Katanya, tangkapan dilakukan terhadap pemilik anjing berusia 61 tahun itu kira-kira pukul 10.05 malam Isnin di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah IPD Port Dickson dan direman sehari.

Kes disiasat mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram