Individu dedah lokasi Jho Low di Macau meninggal dunia — Sumber SPRM


  • 112
  • Selasa, 30 Mei 2023

Sumber memaklumkan Kok Thiam yang mendedahkan lokasi keberadaan Jho Low kepada SPRM sebelum ini disahkan mati.

INDIVIDU yang mendedahkan lokasi ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low yang dipercayai berada di Macau, China disahkan mati, menurut laporan Malay Mail yang memetik sumber daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Berita kematian Kee Kok Thiam itu dilaporkan tidak sampai sehari selepas SPRM memaklumkan badan tersebut sudah mengetahui lokasi sebenar Jho Low yang merupakan dalang utama dalam skandal kes pengubahan wang haram berhubung skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB) bernilai RM46 billion.

"Saya hanya boleh berkata ya (mengesahkan kematian Kok Thiam), namun tidak dapat mengesahkan yang lain," katanya dalam laporan tersebut pada Selasa.

Dalam pada itu, pihaknya turut memaklumkan Kok Thiam dipercayai meninggal dunia secara mengejut.

Kok Thiam sebelum ini pulang ke Malaysia dari Macau pada Mei lalu untuk membantu siasatan berkenaan skandal tersebut.

Menerusi laporan Al-Jazeera, Kok Thiam selepas disoal siasat oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kemudiannya membebaskannya dengan tiada sebarang sabitan dikenakan terhadapnya buat masa ini.

Pihak berkuasa di Macau, China apabila disoal tentang Kok Thiam juga enggan mengulas tentang kes yang spesifik, sebaliknya hanya memaklumkan untuk fokus kepada kes berhubung warga asing yang dikendalikan mengikut undang-undang.

Dalam pada itu, SPRM memaklumkan Kok Thiam mengakui bertemu dengan individu-individu lain yang terlibat dalam sknadal 1MDB selain Jho Low iaitu Eric Tan Kim Loong, Casey Tang Keng Chee, Geh Choh Heng and Nik Faisal.

Malah, Jho Low mengarahkannya untuk tidak pulang ke Malaysia sebagai saksi dalam kes 1MDB. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram