Ibu bapa mengadu anak kena raba murid penjaga 'petting zoo' di sekolah, PPD Sepang rujuk polis


  • Massa
  • Selasa, 30 Mei 2023

Ekoran daripada insiden tersebut, ibu bapa mangsa tampil sekolah membuat laporan kepada polis berhubung insiden berkenaan. — Gambar hiasan

LIMA orang murid berusia antara 13 dan 12 tahun dan didakwa menerima gangguan seksual ketika menyertai aktiviti di zoo mini haiwan jinak atau 'petting zoo' di sekolah mereka yang terletak dekat Sepang, Selangor.

Dalam kejadian yang berlaku pada minggu lalu itu, mangsa dipercayai diraba oleh pekerja lelaki yang menjaga kaunter zoo mini tersebut.

Difahamkan, usaha ibu bapa kumpulan murid tersebut untuk mengadu mengenai insiden tersebut kepada pihak sekolah tidak diendahkan.

Ekoran daripada itu, ibu bapa mangsa tampil membuat laporan kepada polis berhubung kejadian berkenaan.

Suspek dipercayai sudah direman oleh pihak polis pada Jumaat lalu.

Sementara itu, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Sepang, Ishak Abdullah ketika dihubungi Majoriti memaklumkan pihaknya sedang berhubung dengan polis bagi mendapatkan maklumat berkenaan kes tersebut.

Katanya, PPD Sepang setakat ini masih belum menerima sebarang maklumat berhubung kejadian berkenaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram