[VIDEO] Pemandu van miang, tukar gear sambil raba paha penumpang di sebelah


  • Benua
  • Rabu, 01 Feb 2023

Tangkap layar seorang pemandu melakukan gangguan seksual terhadap seorang wanita di Indonesia baru-baru ini.

GANGGUAN seksual sering kali terjadi pada golongan wanita yang kerap berhadapan dengan lelaki miang ataupun golongan yang suka mengambil kesempatan.

Tidak kira sama ada di kawasan terbuka ataupun tertutup, kegiatan seksual boleh berlaku di mana-mana sahaja tanpa sebarang halangan daripada pihak tertentu.

Situasi itu boleh digambarkan menerusi kejadian yang menimpa seorang wanita yang menumpang sebuah kenderaan di Serpong, Kalideres, Jakarta Barat, Indonesia baru-baru ini.

Insiden itu terjadi ketika pemandu lelaki berkenaan ingin menukar gear dan dalam pada perbuatannya itu, suspek dilihat sengaja menyentuh paha kanan wanita tersebut.

Insiden tular itu dirakamkan menerusi telefon pintar dan hangat diperkatakan warganet di laman Instagram sejak Selasa.

Didakwa sengaja membuka luas kelima jarinya, suspek kemudiannya menggunakan jari kelingkingnya untuk mencuit paha penumpang di sebelahnya.

Dalam pada itu, wanita berkenaan dilihat berpakaian seluar panjang dan berbaju labuh serta turut menggunakan beg sandang untuk menutup kawasan terdedah.

Saat disentuh, wanita terbabit kemudiannya terus mengalihkan pahanya bagi mengelak dari gangguan seksual itu.

Tidak menjerit ataupun bertindak di luar kawalan, tindakan mangsa merima pujian ramai warganet kerana masih mengekalkan penjarakan selamat.

"Bagus juga wanita itu tidak menjerit ataupun memukul pemandu, kalau tidak mesti akan jadi lebih teruk, kerana kebiasaannya suspek akan lebih mengganas jika ditolak," kata damar03redi.

"Harap mangsa segera laporkan kepada polis, jangan dibiarkan kegiatan seperti ini risau nanti ramai yang jadi mangsa," tambah danniridina.

"Sudah pakai seluar panjang pun masih lagi diganggu, dasar jantan gatal, biar polistangkap simpan dalam penjara," tambah adhi_mahmud.

Belum ada sebarang tangkapan dilaporkan oleh pihak polis dengan identiti suspek juga tidak terlihat dalam rakaman tersebut. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram