[VIDEO] Polis buru lelaki bernafsu liar raba pinggul wanita dalam bas


  • Benua
  • Isnin, 17 Okt 2022

Tangkap layar seorang penumpang lelaki meraba pinggul seorang penumpang wanita dalam sebuah bas. — Agensi

SEORANG lelaki diburu selepas tindakannya meraba pinggul seorang wanita di dalam sebuah bas di Indonesia tular di media sosial pada Ahad.

Menerusi video tersebut, lelaki itu berdiri di belakang penumpang wanita dalam keadaan bas yang padat dengan penumpang lain.

Lelaki itu kemudian mengambil kesempatan dengan menyorokkan tangannya di bawah beg sandangnya sebelum dihalakan ke arah pinggul wanita itu.

Selepas itu, lelaki itu dilihat membuka tapak tangannya dan sengaja memegang pinggul wanita itu.

Aksi itu berjaya dirakam seorang seorang penumpang yang lain sebelum video itu diserahkan kepada pihak berwajib.

Dalam pada itu, syarikat bas berkenaan, TransJakarta dalam satu kenyataan berkata pihaknya sedang melakukan siasatan berkaitan kes berkenaan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram