[VIDEO] Enam individu termasuk wanita ditahan terlibat kes pergaduhan di Tampoi


  • Tular
  • Isnin, 29 Mei 2023

Tangkap layar video memaparkan insiden pergaduhan melibatkan sekumpulan individu di Tampoi, Johor Bahru, Johor pada Ahad

POLIS menahan lima lelaki dan seorang wanita yang dipercayai terlibat dalam satu kejadian pergaduhan yang berlaku di kawasan Tampoi, Johor Bahru, Johor pada Ahad.

Video rakaman pergaduhan tersebut turut tular di media sosial pada hari yang sama.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, kesemua suspek yang ditahan itu berusia lingkungan 24 hingga 35 tahun.

Katanya, pihak polis membuat tangkapan itu setelah mengesan satu video tular berdurasi 28 saat yang dimuat naik di platform media sosial yang memaparkan kejadian pergaduhan itu.

“Siasatan yang dijalankan mendapati kejadian berlaku pada pada pukul 11.40 malam Ahad di kawasan Tampoi.

“Ekoran kejadian tersebut, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara berjaya menahan lima lelaki dan seorang wanita warga tempatan,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Tambahnya lagi, kesemua suspek ditahan reman selama empat hari bermula bermula Ahad hingga Rabu.

Pihak polis juga sedang beberapa lagi suspek yang dipercayai terlibat. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram