LULUH hati seorang wanita melihat warga emas yang sanggup ke bandar di Tawau, Sabah untuk menjual kerepek bagi kelangsungan hidupnya.
Perkara tersebut dimuat naik oleh Nurhidaya Mahmud di Facebook pada Jumaat apabila dia ternampak seorang wanita tua tersebut dan membuat keputusan untuk menghantarnya pulang ke rumah di Jalan Kinabutan Ria, Tawau, Sabah.
Namun, suasana bertambah pilu apabila wanita berkenaan tiba di rumah warga emas berkenaan yang kelihatan usang dan rosak.
"Mak cik ni tunjuk jalan di mana dia tinggal, sekali sampai, Allahuakbar tiba-tiba air mata terus deras mengalir tengok keadaan tempat tinggal makcik ini seorang diri.
"Ya ALLAH macam-macam dalam terlintas dalam fikiran makcik ini makan apa, hujan ribut sendiri, sakit," katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Jumaat.
Dalam pada itu, Nurhidaya Mahmud tidak dapat menahan sebak sepanjang berada di rumah warga emas tersebut, lantas menginsafi diri yang adakalanya mempersoalkan takdir ALLAH.
Dia dalam hantaran sama turut menyeru orang ramai untuk membantu wanita tersebut dengan menghantar barangan keperluan harian kepadanya.
"Dalam hati, ada lagi org lagi susah dari kita yang selalu mengeluh dan mempersoalkan takdir ALLAH.
"Mak cik tinggal di Jalan Kinabutan Ria dan sesiapa yang lalu situ bolehlah kita hantarkan keperluan seharian mak cik ni. Semoga kita semua dilimpahkan rezeki dan kesihatan yang baik," katanya.
Sementara itu, warganet turut meluahkan rasa terharu dengan keadaan hidup mak cik tersebut tinggal sehelai sepinggang di rumah usang dan perlu bekerja pada usia yang lanjut.
"Sayunya, usia begini sepatutnya tidak perlu bekerja kesiannya. Mana anaknya, jagalah dan korbankanlah masa bersama orang tuamu.
"Masa beginilah kamu perlu bahagiakan orang tuamu, lepas ini kalau (sudah) tiada, hidup tanpa erti tanpa orang tua," kata Mohd Suriyan Saleng.
"Sedihnya, semoga mak cik sentiasa dalam rahmat dan lindungan ALLAH. Sebaknya tengok keadaannya, (semoga) sihat selalu mak cik," kata SHima Noorsalleh. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram