Kerajaan komited selaras, tambah baik permohonan permit pekerja asing, rancak ekonomi negara


  • Primer
  • Ahad, 28 Mei 2023

Kon Yeow (tiga dari kiri) bersama Setiausaha Peniaga Kereta Terpakai dan Persatuan Pembiaya Motor (Pulau Pinang), Ewe Hoo Chye (dari hujung kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SMG, Alex Yeow semasa di Majlis Sambutan Ulang Tahun FMCCAM ke-45 di Hotel Berjaya, Pulau Pinang pada Sabtu.

KEHADIRAN pekerja asing dalam industri di Malaysia menjadi faktor penting dalam memacu pertumbuhan ekonomi dan memenuhi permintaan pelbagai sektor, termasuk industri permotoran, kata Setiausaha Politik Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution, Ismail Johari Kassim.

Membaca ucapan Saifuddin, Ismail Johari berkata, Saifuddin memahami kepentingan sistem yang terkawal dan telus untuk mengeluarkan permit kerja kepada buruh asing.

Menurutnya, ramai pekerja asing yang bekerja dalam industri kereta terpakai, terutamanya perkhidmatan pembersihan dan cuci kereta, serta membantu peniaga kereta terpakai membaiki kenderaan serta tugas berkaitan.

“Kehadiran pekerja asing menawarkan kos buruh murah dan membantu penuhi keperluan tenaga kerja pengedar kereta terpakai. Justeru, isu kekurangan pekerja asing turut menjejaskan operasi harian peniaga kereta terpakai.

“Kami komited untuk memperkemas dan menambah baik proses permohonan permit untuk menjadikannya lebih cekap dan mesra pengguna, sambil mengekalkan semak dan imbangan yang diperlukan," katanya.

Beliau berkata demikian memetik teks ucapan Saifuddin semasa sambutan ulang tahun Persatuan Persekutuan Syarikat-syarikat Motor dan Kredit Malaysia (FMCCAM) ke-45 di Hotel Berjaya, Pulau Pinang pada Sabtu.

Dalam pada itu, Ismail Johari turut mengetengahkan isu mencegah penipuan dalam pembelian dan penjualan kereta terpakai.

Katanya, pihak polis akan memperkukuh pengawasan dan mencegah penipuan dalam pembelian dan penjualan kereta terpakai bagi reputasi pengedar kereta terpakai yang sah tercemar.

Beliau turut memaklumkan, mangsa yang terjerumus dalam penipuan berkaitan pembelian dan penjualan kereta terpakai lazimnya terpengaruh dengan iklan di media sosial dan platform dagangan dalam talian yang menawarkan kenderaan pada harga di bawah nilai pasaran.

Tambahnya, ramai pengedar kereta terpakai di Malaysia ketika ini menyewa tanah kosong dan memohon lesen perniagaan daripada kerajaan tempatan.

file7qdwjii09fr4xh5hah

Kon Yeow turut hadir ke Majlis Sambutan Ulang Tahun FMCCAM ke-45 di Hotel Berjaya, Pulau Pinang pada Sabtu.

“Disebabkan banyak peraturan yang dikenakan kerajaan tempatan, pengedar berasa sukar untuk mendapatkan sokongan daripada mereka. Jadi mereka tidak dapat menperoleh lesen kereta terpakai daripada polis juga.

“Kementerian akan memberi perhatian kepada situasi dan melibatkan diri dalam dialog antara jabatan, dan mengadakan lebih banyak perbincangan dengan industri berkaitan untuk memahami kesukaran yang dihadapi oleh pengedar kereta terpakai.

“Usaha akan diambil bagi memudahkan proses permohonan lesen perniagaan bagi pengedar kereta terpakai,” katanya.

Beliau berkata, kementerian komited untuk bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa berkaitan dan pihak berkepentingan industri bagi memastikan permit dan lesen yang diperlukan untuk penjualan kereta terpakai dilaksanakan dan dikuatkuasakan secara adil dan telus.

Dalam majlis sama, FMCCAM turut menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan CarSifu, anak syarikat milik penuh Star Media Group (SMG) untuk memanfaatkan tawaran masing-masing bagi memberi lebih banyak pilihan kepada pengguna dalam hal pembelian kereta pramilik.

MoU itu ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SMG, Alex Yeow dan Setiausaha Agung Kehormat FMCCAM, Khoo Kah Jin, sambil disaksikan oleh Presiden FMCCAM, Datuk Tony Khor dan Pengurus Besar Kanan SMG, Chung Eng Lee.

Turut hadir ke majlis tersebut ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dan Ismail Johari. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram