Jenazah peserta Misi Everest selamat tiba di KKIA, disemadikan sebelah kubur ibu di Papar


  • Massa
  • Sabtu, 27 Mei 2023

Jenazah Allahyarham Awang Askandar tiba di KKIA, Kota Kinabalu, Sabah kira-kira pukul 2.20 petang pada Sabtu.

SUASANA sayu menyelubungi Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), Sabah ketika ketibaan jenazah peserta misi pendakian Malaysia Everest 2023 (ME2023), Leftenan Kolonel Awang Askandar Ampuan Yaacub tiba kira-kira pukul 2.20 petang pada Sabtu.

Ketibaan jenazah Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah itu disambut oleh abangnya, Awang Asim Ampuan Yaacub, 57 mewakili ahli keluarganya.KKIA

"Saya seorang sahaja di sini mewakili keluarga, isteri dan anak arwah ada di rumah.

“Kami berdukacita dengan pemergian Awang Askandar,” katanya ringkas ketika ditemui di perkarangan MASKargo.

Turut hadir di KKIA ialah Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Mohamad Alamin; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali; bekas menteri luar, Datuk Seri Anifah Aman dan ADUN Kawang, Datuk Ghulam Haidar Khan.

Kesemua pemimpin itu mengenali Awang Askandar secara peribadi dan berasal dari kawasan Papar-Beaufort iaitu kampung halaman Allahyarham.​

Jenazah Allahyarham Awang Askandar dibawa masuk ke dalam sebuah van oleh 10 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan segera dibawa pulang ke kampung halamannya di Kampung Benoni, Papar kira-kira 60 kilometer dari KKIA supaya ahli keluarga terdekat, rakan-rakan dan saudara mara serta rakan-rakannya dari APM memberi penghormatan terakhir.

Allahyarham dijadualkan dibawa ke Masjid Jamek As Salam, Kampung Benoni, Papar, Sabah dan akan dikebumikan bersebelahan kubur ibunya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Benoni.

Awang Askandar, 56 yang merupakan salah seorang ahli pasukan Everest 2023 Malaysia, meninggal dunia akibat terjatuh pada tanda 8,000 meter di denai puncak Everest pada 19 Mei.

Dia dikatakan hampir dengan puncak.

Seorang lagi anggota ekspedisi Muhammad Hawari Hashim, 33, dilaporkan hilang selepas dia sampai ke puncak Everest.

Bagaimanapun, usaha mencari dan menyelamat Hawari masih dijalankan. The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram