Kalimah ALLAH: Peniaga pasar malam ditahan, disyaki muat naik kandungan berbaur hasutan


  • Massa
  • Jumaat, 26 Mei 2023

Menurutnya, polis sebelum itu datang ke kediaman individu terbabit , namun suspek tiada di rumah kerana sedang meniaga.

SEORANG peniaga pasar malam ditahan dipercayai kerana membuat kandungan berbaur hasutan di TikTok berkaitan isu penggunaan kalimah ALLAH.

Sumber yang rapat dengan lelaki terbabit berkata, individu itu yang menggunakan nama akaun TikTok, redlinee27 ditahan ketika tampil memberi keterangan di Balai Polis Sri Sentosa, Kuala Lumpur pada malam Khamis.

Menurutnya, polis sebelum itu datang ke kediaman individu terbabit, namun suspek ketika itu tiada di rumah kerana sedang meniaga.

"Waktu itu dia sedang meniaga pasar malam. Jadi mak dia kata, dia tidak ada, Kemudian pihak polis minta dia ke balai polis," menurut sumber berkenaan.

Katanya, selepas hadir ke balai, individu itu terus dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi dipercayai bagi membantu siasatan dan ditahan reman pada Jumaat.

Menurut sumber, individu berkenaan ditahan atas kesalahan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan dan Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram