[VIDEO] Bikin drama tengah panas, mamat baju hitam tiba-tiba kawad di simpang lampu isyarat


  • Tular
  • Selasa, 23 Mei 2023

Tangkap layar seorang lelaki berkawad kaki di simpang lampu isyarat sebuah jalan raya.

SEORANG lelaki berkelakuan aneh apabila dilihat berkawad dan menabik hormat ketika melintas di simpang lampu isyarat sebuah jalan raya pada Isnin.

Berpakaian baju dan seluar hitam, perbuatan individu berkenaan turut menyebabkan sebuah kereta terhenti di laluan terbabit yang terpaksa memberikan laluan kepadanya.

Lokasi sebenar kejadian tidak dapat dipastikan setakat ini namun, rata-rata warganet beranggapan ia merupakan satu situasi berbahaya dan boleh mengundang kemalangan.

Dikongsikan di laman Facebook, insiden berkenaan dirakamkan menerusi kamera dashcam kenderaan terbabit.

Mempamerkan perbuatan seakan kawad kaki, lelaki tersebut terus beredar tidak lama selepas kejadian.

"Datang dari mana entah, tiba-tiba kawad tengah jalan, macam-macam perangai pelik orang sekarang yang jadi mangsa kita juga," kata Ufairah Mizan.

"Boleh pulak dia berkawad tengah jalan, kalau kena sondol dengan lori dah tak pasal-pasal jadi kes kemalangan, bahaya betul," ujar Rahman Rasid.

"Ini kesan strok haba agaknya, main lintas je tak tengok kiri kanan, lepas tu buat benda pelik kawad tengah jalan, nasib kereta tak laju kalau tak tercampak rasanya lelaki itu," tambah Hakimi Arsyad.

Belum ada sebarang kenyataan polis berhubung insiden terbabit dan orang ramai dinasihatkan sentiasa berhati-hati walau di mana juga anda berada. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram