"LELAKI sejati tidak akan pukul perempuan,".
Itulah komen yang dilontarkan oleh seorang pengguna media sosial di Facebook selepas melihat sebuah video tular yang memaparkan pasangan kekasih bergaduh baru-baru ini.
Difahamkan, kejadian itu dipercayai berlaku di Kelantan dan video tersebut dirakam oleh orang awam yang secara kebetulan berada di tempat kejadian.
Melalui video yang dimuat naik pada Rabu itu memaparkan pasangan kekasih tersebut berada di tepi jalan bersebelah pagar sebuah bangunan.
Kedua-duanya dilihat seperti berbincang sesuatu sebelum keadaan menjadi lebih tegang.
Video pendek berdurasi 30 saat itu turut mencetuskan tanda tanya di sebalik punca kejadian itu berlaku.
Dapat dilihat dengan jelas lelaki tersebut seolah cuba memujuk wanita yang menolak untuk dipujuk.
Wanita itu juga seolah-olah sedang bersedih dan menolak lelaki terbabit sebelum menampar kekasihnya itu.
Namun, apa yang lebih meraih perhatian umum adalah cara lelaki tersebut mengendalikan situasi berkenaan yang mana dia tidak melatah atau membalas semula tamparan pasangannya.
Lebih mengejutkan lagi, dia bertindak menampar dirinya sendiri beberapa kali seolah-olah kecewa dengan dituasi tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya mempunyai pendapat yang berbeza selepas melihat video berkenaan.
"Walaupun video ini lawak dan macam drama tetapi lelaki itu tetap dapat pujian murni sebab 'gentleman'," kata Koy Dean.
'Aku harap perempuan ini kahwin dengan lelaki tersebut. Jarang sudah jumpa yang baik seperti ini. Ini baru lelaki sebenar, tak dayus pukul perempuan," kata Murni Zamri.
"Sapa kenal adik ini bagitahu aku, nak nasihatkan dia jangan buat macam itu. Nanti perempuan terbiasa dan makin 'naik lemak'. Perempuan mana pernah salah," nasihat bOB8.
Setakat berita ini ditulis, tidak dinyatakan lokasi dan tarikh sebenar kejadian itu berlaku. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram