Degil merokok di kawasan larangan, KKM keluarkan 14,872 saman bernilai RM3.7 juta setakat April 2023


  • Primer
  • Rabu, 24 Mei 2023

Segelintir rakyat Malaysia masih degil dan melanggar peraturan larangan merokok di tempat awam termasuk restoran dan kedai makan.

WALAUPUN kerajaan sudah menguatkuasakan larangan merokok di tempat awam termasuk restoran sejak 1 Januari 2019, rakyat dilihat masih degil untuk mengikut peraturan tersebut.

Buktinya, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa memaklumkan sebanyak 14,872 saman melibatkan kesalahan tersebut dikeluarkan setakat April lalu dengan nilai keseluruhan berjumlah RM3.7 juta.

Beliau berkata, jumlah saman yang dikeluarkan untuk empat bulan pertama tahun itu hampir separuh daripada jumlah keseluruhan tahun lepas itu sebanyak 30,648.

"Sebanyak 5,028 operasi telah dijalankan bersama agensi penguatkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Operasi dirancang di Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Selangor dan negeri-negeri lain,” katanya dalam jawapan bertulis Parlimen kepada Syed Saddiq Abdul Rahman (Muda-Muar) dalam Dewan Rakyat pada Rabu.

Dalam pada itu, Dr Zaliha berkata, sesi libat urus juga diadakan dengan pengusaha kedai makan bagi mendapatkan kerjasama mereka dalam memastikan premis tersebut bebas asap rokok.

“Program advokasi turut dijalankan bersama kumpulan seperti Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) bagi memastikan peraturan itu dipatuhi,” katanya.The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram