Tipu pakej umrah: Polis dedah terima lebih 100 laporan sejak Januari, rugi lebih RM3 juta


  • 112
  • Selasa, 23 Mei 2023

Polis terima 105 laporan di seluruh negara sejak Januari tahun ini tentang penipuan pakej umrah yang ditawarkan oleh sebuah syarikat. — Gambar hiasan

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah menerima 105 laporan di seluruh negara sejak Januari tahun ini berhubung penipuan pakej umrah yang ditawarkan oleh sebuah syarikat.

Setiausaha PDRM, Datuk Noorsiah Saaduddin berkata sehingga kini, polis sudah membuka enam kertas siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

"Hasil siasatan mendapati syarikat berkenaan mempunyai lesen perniagaan yang sah. Jumlah kerugian keseluruhan sebanyak RM3,932,440.68,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Pada Selasa, media melaporkan syarikat umrah berkenaan sedang mengemas kini jadual umrah dan membuat pembayaran balik kepada bakal jemaah yang terjejas penerbangan mereka. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram