SAMBIL memakai telekung, seorang individu didakwa yang memancing wang dari tabung masjid di Bandar Baru Bangi, Selangor menemui kegagalan apabila kegiataanya itu dihidu oleh seorang pegawai keselamatan pada...
Kejadian tersebut dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) masjid berkenaan memaparkan suspek sempat menutup lampu berdekatan tabung masjid tersebut sebelum melakukan jenayah terbabit.
Bagaimanapun, cubaan tersebut gagal apabila pegawai keselamatan ternampak individu tersebut lalu melarikan diri.
Salah seorang siak di Masjid Al-Hasanah, Bandar Baru Bangi, Selangor, Azman Sulaiman mendakwa kejadian tersebut berlaku ketika kawasan sekitar masjid tersebut masih dalam proses pengubahsuaian sejak tahun lalu.
Oleh itu, katanya keselamatan masjid berkenaan agak kurang baik, malah dakwanya suspek mungkin telah melakukan pemeriksaan awal sebelum menjalankan kegiatan tersebut.
"Setakat ini kami dah buat laporan polis kerana suspek gagal ditangkap ketika kejadian.
"Masjid masih dalam fasa pengubahsuaian sejak tahun lalu, jadi mungkin pagar masjid tidak kukuh," katanya kepada Majoriti pada Jumaat. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram