[VIDEO] Aksi kungfu cemari game Perak-Selangor sampai FRU terpaksa dikerah kawal keadaan


  • Podium
  • Sabtu, 20 Mei 2023

Tangkap layar video memaparkan pergaduhan antara penyokong Perak FC dan Selangor FC dalam aksi perlawanan Liga Super 2023 di Stadium Ipoh, Perak pada Sabtu.

PERGADUHAN tercetus membabitkan penyokong Perak FC dan Selangor FC dalam aksi Liga Super 2023 yang berlangsung Stadium Ipoh, Perak pada Sabtu.

Difahamkan, insiden itu berlaku di awal permainan apabila sekumpulan penyokong skuad Seladang menyerbu ke arah kawasan menempatkan penyokong pelawat.

Kehadiran bebeberapa orang anggota polis yang menjaga kawasan tersebut dilihat gagal mengelakkan berlaku pertembungan fizikal antara penyokong kedua-dua pasukan terbabit.

Pergaduhan tersebut bagaimananapun dapat disuraikan dengan kehadiran beberapa anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang segera hadir ke lokasi tersebut.

Pasukan keselamatan itu dilihat menggunakan cota dan alat semburan pemedih mata bagi meredakan situasi tegang tersebut.

Insiden tersebut tular menerusi beberapa video dikongsikan penyokong yang hadir bagi menyaksikan perlawanan di stadium berkenaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram