Fans JDT tegur pemegang tiket bermusim di SSI, harap marshall lebih peka


  • Podium
  • Selasa, 16 Mei 2023

Ada kalangan penyokong JDT meluahkan kekecewaan sikap pemegang tiket bermusim tidak mengikut peraturan. — Gambar Hiasan

KEBERKESANAN pelaksanaan sistem tempat duduk di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri, Johor menimbulkan perbalahan dalam kalangan penyokong setia Johor Darul Takzim (JDT).

Ini kerana terdapat beberapa isu berlaku sehingga menyebabkan kekeliruan kepada penyokong setia pasukan biru kuning yang hadir di stadium berkenaan.

Masalah yang terjadi itu turut dikongsikan salah seorang penyokong yang datang ketika aksi JDT menentang Kelantan United FC pada Sabtu lalu.

Menurut Hisyam JDT, pada perlawanan tersebut, dia mendapat tiket biasa yang memerlukannya untuk duduk bercampur dengan pemegang pas bermusim.

"Ada abang kat sebelah saya pun sama juga. Beli tiket biasa, tapi duduk bercampur dengan pemegang pas bermusim. Kitorang duduk atas sikit, anak-anak dia duduk kerusi bawah sikit.

"Lepas itu adalah budak pas bermusim cakap sini tak boleh duduk sedangkan anak-anak abang tu duduk kerusi ikut tiket, apa lagi naik angin la abang tu. Pada yang ada season pass tu harap pakai otak sikit.

"Dekat belakang tempat duduk itu ada sticker untuk pas bermusim punya, yang takde sticker tu untuk tiket biasa dan pada marshall (penjaga stadium) tolong la pantau sikit orang-orang macam tu," katanya menerusi perkongsian di Facebook.

jdt1

JDT berjaya menewaskan Kelantan United FC 6-0 dalam aksi di SSI, Iskandar Puteri, Johor, pada Sabtu lalu. Facebook/JOHORSouthernTigers

Dalam pada itu, di ruangan komen, terdapat penyokong lain mendakwa isu membabitkan kekeliruan antara pemegang tiket biasa dan pas bermusim itu didapati sememangnya kerap berlaku.

"Tak boleh salahkan dua-dua pihak sebab masing-masing keluar modal. Harap marshall lebih peka la kes macam ni. Banyak kali datang stadium ada je kes berebut dengan pemegang pas bermusim," ujar Mohammad Harris Zakaria.

"Isu ni sering berlaku kerana ada yang tak faham. Tak perlu gaduh, kita sama-sama Johor. Panggil marshall bertugas, biar mereka selesaikan," kata Nasruddin Khamis.

Sementara itu, ada juga penyokong yang menimbulkan masalah mengenai sistem pemilihan tempat duduk ketika pembelian tiket.

"Beli ticket atas talian empat keping sekeluarga, tapi dapat no tempat duduk dua orang duduk sini, dua orang duduk sana. Jadi langgar aje lah, datang cepat cari tempat view yang nak duduk sekeluarga.

"Jangan salahkan marshall, jangan salahkan pihak stadium. TicketHotline yang kena ambik maklum masalah pernomboran tempat. Bukan nak kaut untung asal jual tiket je," tulis Noreduan Xavier.

"Saya harap akan datang ada penambahbaikan untuk yang beli tiket dalam talian. Pembeli boleh pilih nombor tempat duduk mengikut harga tiket yang dibeli. Jadi kalau datang empat orang, tidaklah duduk berterabur," tulis Azli Aris. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram