Kalimah ALLAH: Polis Selangor minta semua pihak tidak terlibat perhimpunan di Masjid Shah Alam


  • 112
  • Jumaat, 19 Mei 2023

Demonstrasi yang dirancang itu merupakan satu kesalahan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.  — Gambar hiasan

POLIS menasihatkan orang ramai supaya tidak menyertai perhimpunan yang dirancang pada Jumaat berhampiran masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor.

Timbalan OCPD Shah Alam Supt Ramsay Embol berkata, demonstrasi itu diadakan sebagai protes terhadap kerajaan Persekutuan yang bertindak menarik balik rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan penggunaan kalimah 'ALLAH' oleh penganut bukan Islam.

"Perkara ini sedang dipandang serius oleh pihak polis.

“Kita menasihatkan pihak penganjur supaya tidak meneruskan demonstrasi itu lebih-lebih lagi ia dirancang di tempat ibadat yang merupakan satu kesalahan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.

“Juga dinasihatkan agar semua khususnya yang berada di kawasan Shah Alam tidak mengambil bahagian (untuk mengekalkan) keharmonian dan keamanan awam,” katanya dalam satu kenyataan.

Menyusul... The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram