Ingress Swede Automobile Sdn Bhd lancar program kenderaan premium pra-milik Volvo SELEKT


  • Bizz
  • Jumaat, 19 Mei 2023

Nikmati pengalaman mewah gaya Scandinavia menerusi tawaran terbaharu daripada Ingress Swede Automobile, program kenderaan pra-milik Volvo SELEKT yang beroperasi di Mutiara Damansara.

PENGEDAR kenderaan Volvo, Ingress Swede Automobile Sdn Bhd telah melancarkan program kenderaan premium pra-milik Volvo SELEKT yang beroperasi di Mutiara Damansara, Kuala Lumpur.

Menampilkan pelbagai kenderaan Volvo terpakai berkualiti tinggi melalui ujian dan pemeriksaan menyeluruh, program ini telah menetapkan standard kecemerlangan dan keselamatan dalam pasaran kereta mewah terpakai di Malaysia.

Menerusi Volvo SELEKT, pelanggan juga dijanjikan perkhidmatan yang profesional dan ketenangan dalam setiap pembelian kenderaan.

Setiap kenderaan Volvo terpakai di bawah program SELEKT menjalani proses ujian dan pemeriksaan menyeluruh untuk memastikan ia memenuhi piawaian kualiti dan keselamatan tertinggi.

Setiap kenderaan turut dilengkapi dengan jaminan minimum selama 12 bulan, perkhidmatan bantuan tepi jalan 24 jam bagi kenderaan bebas kemalangan dan banjir yang diluluskan dengan jaminan kurang dari lima tahun atau 100,000 km jarak perjalanan, serta pelbagai pilihan pembiayaan yang sesuai dengan keperluan dan bajet berbeza.

Pengarah Urusan Ingress Swede Automobile, Rabian Ab Rahman berkata, pihaknya sentiasa berusaha meneroka peluang baharu agar terus berkembang dan berinovasi dalam industri automotif di Malaysia.

“Kami percaya bahawa kejayaan yang dicapai adalah bergantung pada keupayaan kami untuk berada selangkah ke hadapan dan memahami keperluan pelanggan, dan kerana itulah kami amat berbesar hati melancarkan program kenderaan premium pra-milik Volvo SELEKT.

Datuk Dr. Rameli Musa bersama Charles Frump.

“Program ini bukan sahaja merupakan tambahan mantap kepada portfolio kami yang sedia ada, tetapi juga seiring dengan visi jangka panjang kami.

“Pelancaran program ini merupakan langkah strategik yang membolehkan kami memanfaatkan pasaran yang sedang berkembang pesat, sekali gus turut mengukuhkan kerjasama yang terjalin dengan Volvo Car Malaysia, menyokong matlamat kelestarian kami, serta memperkukuhkan reputasi kami sebagai pembekal utama kenderaan premium dan mewah di Malaysia.

“Kami juga berasa teruja dengan potensi peluang yang akan dibawa oleh program ini dan sudah tidak sabar untuk memberikan perkhidmatan dan kualiti yang terbaik kepada pelanggan kami seperti yang disasarkan Ingress Swede Automobile Sdn Bhd,” katanya.

Azeman Akram menjelaskan kelebihan ditawarkan bersempena program Volvo SELEKT.

Sementara itu, Penyelia Pengedar Utama Ingress Swede Automobile, Azeman Akram berkata, terdapat lima kelebihan istimewa yang ditawarkan menerusi program Volvo SELEKT.

“Antaranya, semua kenderaan diubahsuai dengan teliti menggunakan bahagian dan aksesori tulen Volvo.

“Terdapat pengesahan rekod jarak perjalanan dan sejarah penyelenggaraan untuk memastikan kualiti terbaik kenderaan.

“Selain itu, terdapat Pakej Perkhidmatan Penyelenggaraan Volvo (VSA)-5 atau 3 ditawarkan untuk mengurangkan kos pemilikan jangka panjang bagi pemilik baharu, warga kerja pakar yang sah serta terlatih dan akhir sekali, lokasi strategik yang mudah diakses,” katanya.

kereta merah

Ingress Swede Automobile yakin bahawa jenama Volvo Cars akan bersinar dan memberikan persaingan yang sengit kepada jenama-jenama lain di Malaysia.

kereta tergantung

Warga kerja di pusat servis Volvo SELEKT terlatih dan berkemahiran tinggi.

Tambah beliau, pelancaran program Volvo SELEKT ini juga merupakan langkah penting dalam memperkasa matlamat kelestarian mampan jangka panjang Ingress Swede Automobile.

“Kami juga komited dalam mengekalkan standard kualiti dan perkhidmatan yang tertinggi, di samping turut memberi sepenuh perhatian kepada impak terhadap alam sekitar.

“Dengan menawarkan kenderaan Volvo terpakai yang telah melalui ujian dan pemeriksaan menyeluruh, kami menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan mengurangkan kesan kepada alam sekitar.

Ini sejajar dengan objektif tanggungjawab sosial korporat dan kami percaya bahawa langkah ini amat dihargai oleh pelanggan kami yang semakin peka terhadap isu alam sekitar lestari,” ujarnya.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Ingress Swede Automobile seperti yang berikut https://volvo.ingress-swede.com.my. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram